Assalamualaikum. Salam 1Malaysia.
Agak menghairankan sedikit mengenai kenyataan Menteri Besar Selangor ini. Adakah beliau setuju dengan pendirian Ronnie Liu atau tidak?
Dalam kenyataan semalam, Khalid Ibahim kata larangan terhadap pekerja Islam di premis yang menjual arak tidak akan dilaksanakan.
Perlaksanaan hanya merupakan satu usaha yang dikuatkuasakan oleh Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) sahaja.
Beliau turut melepas tangan dengan menyatakan hanya JAIS sahaja yang berkuasa untuk melaksanakan tugas tersebut.
Jadi, beliau secara tidak lansung dapat mengelakkan diri dari dimarahi oleh umat Islam Malaysia sekiranya perkara tersebut terus berleluasa.
Yang peliknya, kenapa MPSJ sahaja yang ada inisiatif tersebut? Majlis Perbandaran lain takde orang Islam ke yang bertugas di premis yang menjual arak?
Tambah menghairankan, bukankah arahan terhadap larangan tersebut telah dikeluarkan oleh Exco Agama Islam Selangor? Kenapa tidak dikuatkuasakan ke seluruh Negeri tetapi hanya terhad di MPSJ sahaja?
PK.
knp org2 umno nk melalak lbh2 plak psl isu nie?..sblm nie x de sepatah haram pn arahan dr menteri yg menjaga hal ehwal agama yg nk bt undang2 nie, knp puak2 umno x nk bising..kt pahang dh bt ke undang2 mcm nie?
Salam bro.. Saya sangat berharap larangan ini berkuatkuasa.. sebabnya.. ramai sangat anak muda kita bekerja di kedai yang menjual arak.. contohnya.. 7 eleven..
Fikir-fikirkanlah..
mindanelayan.blogspot.com