Assalamualaikum. Salam 1Malaysia.
Mereka sibuk mempertahankan agenda pelan 100 hari mereka. Kata mereka ianya lebih baik daripada sistem sedia ada.
Mereka mendabik dada kata pentadbiran diNegeri - Negeri dibawah jajahan mereka lebih bagus. Mereka kata mereka mengamalkan dasar terbuka, jujur dan telus.
Namun ini diantara sinopsis yang bakal berlaku sekiranya mereka dibiarkan memerintah. Berikutan aduan seorang penduduk bukan Islam, laungan Azan pun terpaksa mereka perlahankan.
Malah menurut pengurusan Masjid Al-Ikhlasiah, Kampung Kerinchi, mereka tidak boleh berbuat apa - apa kerana ianya adalah arahan dari pihak atasan.
Bayangkan betapa retoriknya mereka dalam perjuangan. Jelas mereka hanya mahu memperdayakan rakyat dengan momokkan angan - angan kosong sahaja.
Itu belum cerita pasal rampasan tanah dan hak - hak orang Melayu Islam lagi. Nak melaungkan azan pun mereka tak mampu nak pertahankan.
Sudahlah kesucian Masjid pun turut dicemari oleh mereka yang jelas tidak tahu bertanggungjawab. Bodoh sombong pulak tu.
Mana pemimpin - pemimpin PAS yang gagah mengatakan mereka memperjuangkan Islam? Lupakah mereka sedikit masa dulu Teresa Kok juga pernah membuat saranan yang sama?
Jangan hanya pandai cakap, tapi tak berani buat. Ambik la tindakan kalau betul - betul ikhlas memperjuangkan Islam. Berpeluk tubuh saja buat apa?
PK.
0 comments:
Post a Comment