Melihat tingkah laku Menteri Besar Selangor itu semalam, sangat mirip kepada tingkah laku Jebat yang dikatakan menderhaka kepada Sultan.
Beliau dan pemimpin lain dalam Kerajaan Negeri Selangor sebelum ini menyatakan akan memboikot Majlis Angkat Sumpah Setiausaha Kerajaan Negeri yang baru.
Walaubagaimana pun, semalam beliau tetap hadir ke Istana bagi menyempurnakan Majlis Angkat Sumpah tersebut.
Bagaikan menelan air liur sendiri Khalid terpaksa juga hadir kononnya hanya sebagai tanda menghormati DYMM Sultan Selangor sahaja.
Jelas, perilaku Khalid itu tidak ikhlas kerana beliau tetap menolak lantikan SUK walaupun telah mendapat perkenan Sultan.
Malah beliau juga turut dilihat masih ingkar dengan titah baginda yang turut menyatakan bahawa lantikan Datuk Mohd Khusrin mengikut Perlembagaan Negeri.
Kalau itu bukan derhaka, apa lagi yang hendak dikatakan?
PK.
Khalid Jebat moden??? ha ha ha... khalid Jubork boleh la..