Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, January 7, 2011

BLOGGER KEMBALI SOKONG ANAK YATIM

Kasihan pada 'anak' Yatim ini!

Minggu lepas kebanyakan laman blog, terutamanya pro pembangkang bersungguh-sungguh menempelak DS Rais Yatim dengan menuduhnya sama ada secara langsung atau pun tidak sebagai orang yang terlibat dalam kes menteri rogol amah. Isu berkenaan bertambah kencang dimainkan kerana sikap 'anak Yatim' ini sendiri yang mendiamkan diri selama ini.

Memang ada beberapa blog mesra kerajaan yang cuba membantu beliau dan membuat penafiannya oleh kerana percaya ini hanyalah helah dari pihak pembangkang terutamanya Pas untuk mengalihkan pandangan rakyat dari isu ADUN Pas berzina dengan isteri seorang guru. (Baca sini  dan  sini)

Namun akhirnya semuanya berubah pada minggu ini setelah DS Rais Yatim sendiri tampil membuat penafiannya. Perubahan pandangan blogger-blogger mengena isu berkenaan jelas melalui beberapa posting terbaru masing-masing, sila baca; Rocky' Bru, Aspan Alias, Rakyat Malaysia, Azli Shukri, Just Read. dan banyak lagi.

Mungkin tanpa disedari, blogger-blogger juga terlalu mengikutkan perasaan dan secara tidak langsung telah menjadi ejen pembangkang untuk memberikan kerosakan kepada kerajaan dan parti pemerintah. Selain dari itu, mungkin mereka ada kepentingan masing-masing sebagaimana dalam kes yang melibatkan Ketua Pemuda UMNO, yang sentiasa menjadi sasaran blogger mesra kerajaan sendiri selama ini.

Apapun, perubahan sikap dan kesedaran para blogger sangatlah diharapkan bahkan dihargai kerana kita sebagai pemain dalam media sosial seharusnyalah melaporkan sesuatu dengan lebih bertanggungjawab kepada masyarakat.

0 comments:

share2