Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, January 12, 2011

Gula-Gula & Gila-Gila 100 Hari

Pelan 100 Hari - Mungkin ahli PKR Pun Tak Percaya
Pakatan Pembangkang menggula-gulakan lagi rakyat dengan janji manis terbaru dalam agenda 100 hari jika dapat memerintah. Matlamat mereka sebenarnya mahu merampas Putrajaya dan memenuhi impian Penasihat PKR, ANU WAR menjadi Perdana Menteri.

Banyak janji-janji telah dibuat sebelum ini namun janji tinggal janji dan hasilnya omongan kosong. Inilah lakonan terbaru mereka dan jangan mudah tertipu kerena mereka hanya mahu menawan dan memenangi hati kita sahaja.

ANU WAR terus membisu daripada menyentuh tentang "Pembohongan 16 September". Beliau sepatutnya menjelaskan dahulu kepada ahli partinya tentang kegagalan 16 September. Barulah ahli partinya boleh percaya dengan agenda seterusnya....100 hari mentadbir negara. Tapi malangnya kepimpinan dan penyokong Pakatan Pembangkang memang suka ditemberang oleh ANU WAR.

Apa yang dilakukan ANU WAR adalah memenuhi kepentingan peribadinya sahaja sehingga sanggup menggadai negara dalam 'sekelip mata'. Perjuangan bertahun-tahun BN dan kepimpinannya akan lenyap dan boleh menyebabkan rakyat merana.

Kempen 100 hari ini sebenarnya mahu mengalihkan perhatian dan mengaburi mata rakyat terhadap kes liwat yang melibatkan ANU WAR dan perpecahan dalaman PKR yang kronik.

Yang penting- Apa tindakan kita, jangan kita bagi peluang kepada mereka. Budaya ekperimen dulu atau beri peluang seketika akan menjerat kita umpama mendapat gula-gula yang tidak boleh di makan lagi akhirnya menjadi racun kepada kita.

0 comments:

share2