Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, January 11, 2011

DAP BANGGA RAKYAT MINTA MAAF???




Inilah diantara sifat angkuh pemimpin DAP bila mereka dapat memegang kuasa. Sudahlah berlagak macam 'Gengster', rakyat minta maaf pun masih nak mempertikaikan lagi.

Jelas, Ketua Menteri Pulau Pinang, si Lim Guan Eng tidak berpuas hati walaupun Yang DiPertua Persatuan Kontraktor Pulau Pinang membuat permohonan maaf kepada beliau dan Kerajaan Negeri.

Beliau turut menjelaskan bahawa tindakan Datuk Muhamad Fadzil sengaja memutar belitkan dan hanya memalukan diri sendiri.

Ianya ekoran pengakuan oleh YDP itu dalam laporan berita semalam dimana beliau menyatakan permohonan maaf itu tiada kaitan dengan teguran yang dibuat kepada Kerajaan Negeri.

Kata Lim Guan Eng nak tiru pentadbiran Khalifah Umar Abdul Aziz. Tapi bila rakyat tegur, dia marah kenapa?

Nampak sangat retoriknya kepimpinan si Lim Guan Eng ini. Dulu kata Kerajaan Negeri terbuka kepada kritikan. Yang jadi tak tentu arah ni kenapa pulak?

Soal kecik saja nak diperbesarkan. Macam Khalid Ibrahim di Selangor jugak nampak gayanya.

PK.

1 comments:

  • Anonymous says:
    January 11, 2011 at 7:42 AM

    Ketuanan Rakyat so Rakyat kena minta maaf kepada pemimpin ye? Siapa tuan?

    DinBuyung

share2