Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, January 10, 2011

DAH TAU KALAH, BERTANDING BUAT APA???


Assalamualaikum. Salam 1Malaysia.

Ini satu lagi perangai pelik puak - puak PAS. Mereka dah tahu akan kalah dalam Pilihanraya Kecil Tenang, tetapi masih berdegil nak bertanding juga buat apa?

Kenyataan dari Setiausaha Agung PAS, Mustafa Ali yang awal - awal membuat ramalan bahawa PAS akan tewas dalam PRK Tenang.

Beliau membuat kenyataan tersebut dalam sidang media yang diadakan baru - baru ini.

Beliau turut memberi gambaran bahawa PAS tidak mempunyai peluang cerah untuk menewaskan Barisan Nasional memandangkan Kerusi DUN Tenang itu merupakan salah satu kubu kuat UMNO.

Beliau juga turut menyarankan agar pihak Pakatan menghentikan serangan terhadap Felda kerana langkah tersebut ternyata merugikan mereka sahaja terutama dikawasan DUN Tenang.

Ianya berikutan tindakan Perdana Menteri memantapkan mutu kualiti Felda memberi sokongan padu kepada BN dikawasan tersebut.

Jadi, tak payah la PAS sibuk nak bertanding kalau dah tahu mereka akan kalah dalam Pilihanraya tu nanti. Buat menghabiskan duit derma rakyat sahaja.

PK.

0 comments:

share2