Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, July 11, 2020

PERUNTUKAN BANTUAN RM 80 RIBU UNTUK SEKOLAH AGAMA AL FALAH





Lawatan YAB Dato Sri Wan Rosdy ke Sekolah Menengah Agama Al Falah pagi ini dapat meringankan beban yang ditanggung oleh Pihak sekolah dan juga para pelajar akibat daripada Kebakaran Asrama Putera minggu lepas.


Peruntukan hampir 80 ribu telah diluluskan oleh Menteri Besar Pahang untuk membaiki kemudahan asas di penempatan sementara pelajar iaitu di dewan sekolah dan juga keperluan untuk membeli katil, tilam, bantal dan selimut untuk pelajar pelajar.


YAB MB bersetuju supaya usaha baikpulih bangunan Asrama yang dijilat api dianggarkan dalam 500 ribu dapat disegerakan. Sumbangan daripada pihak NGO juga dapat meringankan beban pihak sekolah.


Turut serta pagi ini Dato Abd Aziz Kiram Ketua Umno Bahagian Raub, Dato Syed Ibrahim Syed Ahmad Exco Hal Ehwal Agama, Pendidikan dan Kesihatan Kerajaan Negeri, Dato Sri Shahiruddin Ab Moin YB Adun Dong, Kepimpinan Umno Bahagian Raub, Dato Pegawai Daerah Raub serta Badan NGO.


SUMBER : Umno Raub Pahang DM

0 comments:

share2