Kenyataan Media: Persatuan Pengamal Undang-Undang Generasi
Felda Malaysia (PUGFM).
---------------------------------------
Pada 15 Mei 2020 yang lepas, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan
Raya (SPR), Datuk Azhar Azizan Harun telah mengumumkan PRK Dun Chini akan
diadakan pada tarikh 4 Julai 2020.
Kita sedar bahawa Perkara 22(1) Bahagian Kedua Undang2 Tubuh
Kerajaan Pahang mengesahkan sesuatu kerusi Dewan Negeri akan menjadi kosong
disebabkan oleh kematian ADUN tersebut.
Kita juga akur bahawa Perkara 54(1) Perlembagaan Persekutuan
menetapkan supaya perlu diadakan PRK dalam tempoh 60 hari dari tarikh
kekosongan berlaku dan kekosongan ini secara congaknya adalah melebihi tempoh 2
tahun sebelum berakhir tempoh penggal pilihanraya umum yang lalu.
Namun begitu dalam usaha kita secara bersama untuk menangani penularan wabak
Covid-19 yang kini merupakan satu ancaman serius kepada dunia di mana Malaysia
juga tidak terkecuali menjadi sasaran penyebaran wabak ini, maka adalah menjadi
satu kewajipan kepada kita untuk menyelamatkan nyawa berbanding tuntutan2 dan
kehendak2 yang lain. Ini selaras dengan Maqosid Syariah yang dituntut Islam
supaya menjaga nyawa dan keselamatan diri.
Tidak perlu lagi dihurai apakah Wabak Covid 19 ini kerana
bukan segelintir orang yang terkesan dengan penularannya, malah seluruh dunia
tidak kira jantina, tidak kira usia, pangkat atau bangsa semuanya terjejas
teruk disebabkan oleh wabak dasyat ini. Ramai yang kehilangan sumber
pendapatan, ramai yang menganggur dan paling menyedihkan ialah mereka2 yang
kehilangan anggota keluarga dan insan tersayang disebabkan oleh serangan wabak
ini.
Maka yang demikian, kami dari Persatuan Pengamal Undang2
Generasi Felda Malaysia (PPUGFM) terpanggil untuk menyarankan agar tidak perlu
wujud pertandingan bagi kerusi DUN Chini jika PRK dijalankan oleh SPR. Biarlah
DUN Chini terus diwakili oleh calon dari Umno sehingga tempoh penggal berakhir.
Keputusan Pilihanraya umum lepas bagi DUN Chini juga
menunjukkan bahawa sokongan pengundi kepada Parti Umno yang diwakili
Allahyarham Datuk Seri Abu Bakar Harun mendapat majoriti yang besar berbanding
parti lawan. Jika diambilkira kewujudan Muafakat Nasional pada masa kini, sudah
tentu kita dapat mengagak parti manakah yang menjadi pilihan para pengundi DUN
Chini buat masa ini.
Adakah saranan ini berlawanan dengan semangat demokrasi?
Kita tidak menidakkan tuntutan demokrasi bahkan kita sangat
menyanjung tinggi amalan demokrasi di negara ini. Namun jika sekiranya SPR
mempunyai satu kaedah lain pada masa akan datang yg dibenarkan secara undang2
untuk menjalankan pilihanraya secara atas talian misalnya maka kami amat
menyokong usaha ini supaya diangkat amalan demokrasi ini ketempat yg
selayaknya.
Namun, buat masa ini adalah lebih baik utk tidak ada
pertandingan bagi mengelakkan bencana yang lebih buruk kepada rakyat dan
negara. Marilah kita sama2 putuskan rantaian Covid 19 secara bersungguh2 dan
bersepadu. Insya Allah kita akan menang.
MOHD ROSIDI BIN HASSAN
PRESIDEN PUGFM
0 comments:
Post a Comment