Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, May 23, 2020

AGROBEST TERUS GAJIKAN 400 PEKERJA TEMPATAN DI NENASI






PEKAN:  Projek Ternakan Udang Laut oleh Syarikat Agrobest (M) Sdn Bhd di Tanjung Batu, Nenasi terus menggajikan 400 pekerja tempatan dalam keadaan dunia menghadapi pandemic Covic-19.


Projek Ternakan Udang dii Nenasi merupakan sebuah projek yang sangat berdaya maju. Projek ini telah banyak membantu kemajuan di Pekan dan membuka peluang pekerjaan kepada penduduk setempat sekaligus dapat meningkatkan ekonomi mereka.


Dianggarkan lebih 400 penduduk Pekan terutamanya di sekitar Nenasi termasuk masyarakat Orang Asli bekerja disini.


Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Teknologi Hijau, Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang Dato' Mohammad Fakhruddin bin Mohd Ariff berkata dalam keadaan seluruh dunia sedang menghadapi pandemik Covid-19 sehingga mengakibatkan banyak syarikat dan perniagaan menghadapi situasi yang sukar ketika ini sehingga ada yang mengurangkan pekerja namun Agrobest dilihat tetap bertahan dan terus beroperasi serta membayar gaji pekerjanya seperti biasa.


Semalam Dato' Mohammad Fakhruddin berkesempatan mengadakan perbincangan bersama pengurusan Agrobest. Beliau turut menyampaikan sumbangan Hari Raya kepada pekerja yang menyambut Aidilfitri di syarikat itu.


Beliau berharap syarikat  akan dapat mengembangkan lagi perniagaannya dan membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada penduduk.


SUMBER : FACEBOOK Dato' Mohammad Fakhruddin bin Mohd Ariff
#PahangGo
#Pahang1st
#KasihSayangDunBebar+
 #MajuTerusPahang

0 comments:

share2