Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, March 19, 2020

PENUMPANG BAS JB KE KUANTAN POSITIF COVID-19 - PEJABAT KESIHATAN







Pejabat Kesihatan Kuantan mengesahkan seorang penumpang bas dari Johor Bahru ke Kuantan disahkan positif Covid-19.

Difahamkan, penumpang itu menjalani ujian saringan Covid-19 di Johor Bahru, tetapi tidak mengkuarantinkan dirinya.

Keputusan itu kemudiannya didapati positif Covid-19, tetapi lelaki terbabit sudah menaiki bas ke Kuantan.

Menurut Pejabat Kesihatan Kuantan, pesakit terbabit menaiki bas ekspres Plusliner bernombor pendaftaran VDJ 2367 dari Larkin Sentral, Johor Bahru ke Terminal Sentral Kuantan pada 7.45 malam 16 Mac lalu, sebelum perintah kawalan pergerakan mula dikuatkuasakan semalam.

Sehubungan itu, Pejabat Kesihatan Kuantan menggesa semua penumpang bas berkenaan menghubungi bilik operasinya untuk menjalani ujian saringan Covid-19.

Puluhan ribu orang balik ke kampung awal minggu ini walaupun pihak berkuasa merayu rakyat tidak keluar rumah ketika kes jangkitan Covid-19 terus meningkat.

(Nota pengarang: Versi terdahulu laporan ini menyatakan masa bertolak ialah 4 petang.)


0 comments:

share2