Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, March 27, 2020

KENYATAAN MEDIA MENTERI BESAR PAHANG


Pakej rangsangan ekonomi yang betul-betul prihatin serta inklusif, meliputi rakyat terkesan COVID-19


Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) yang betul-betul prihatin, dengan sifat inklusif hingga meliputi kesemua rakyat tanpa mengira latar belakang kaum, usia dan kerjaya yang terkesan dengan wabak pandemik COVID-19. 

Inilah yang boleh saya katakan tentang pengumuman Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) oleh YAB Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sepertimana disiarkan menerusi stesen televisyen tempatan petang ini. 

Dengan peruntukan RM250 billion yang daripadanya, RM128 billion sahaja ialah untuk melindungi kebajikan rakyat saya percaya, ia akan turut mencakupi rakyat negeri Pahang yang sama-sama terkesan dengan COVID-19, serta tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diperkenalkan untuk membendungnya. 

‘No one will be left behind’ kata YAB Perdana Menteri dan Kerajaan Negeri juga yakin sepenuhnya dengan kata-kata serta pengumuman tentang keseluruhan intipati dalam PRIHATIN ini. 

Kerajaan Negeri pula akan teruskan dengan Lapan (8) Inisiatif Membantu Rakyat Pahang bernilai lebih RM14 juta, sebagai saling melengkapi (ENG; to complement) kepada usaha Kerajaan Persekutuan tersebut. 

Semoga dengan ini, rakyat-jelata khususnya di negeri Pahang akan terus akur kepada arahan-arahan yang dikeluarkan terutamanya mengenai ‘duduk di rumah’, sambil mendoakan wabak pandemik COVID-19 dapat dibendung dan diatasi dalam tempoh yang sewajarnya, In Sya Allah. 


YAB DATO’ SRI WAN ROSDY BIN WAN ISMAIL
Menteri Besar Pahang
27 Mac 2020

0 comments:

share2