KUANTAN, 22 MAC 2020: Pertubuhan bukan kerajaan (NGO),
sukarelawan dan badan-badan amal
perlu merujuk kepada Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB)
daerah masing-masing jika ingin
menyalurkan bantuan kepada pihak yang memerlukan.
Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Belia, Sukan dan
Badan-Badan Bukan Kerajaan
Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Haji Mohd Johari Haji Hussain
berkata, ini kerana bagi mengelakkan
perkara yang tidak sihat selaras dengan arahan Kerajaan
Negeri sewaktu tempoh Perintah
Kawalan Pergerakan ini.
“Selain itu, pekerja di semua sektor kecuali sesetengah
sektor yang dikecualikan harus berada di
kediaman masing – masing bagi mengelak dijangkiti wabak
COVID-19 ini.
“Mengikut Akta Kerja 1955, para pekerja harus teliti dengan
cuti Perintah Kawalan Pergerakan
yang diumumkan oleh pihak kerajaan. Jika ada pelanggaran
harus melaporkan kepada Jabatan
Tenaga Kerja di daerah masing-masing supaya hak pekerja
tidak terjejas,” katanya dalam satu
kenyataan media di sini, semalam.
Beliau juga menasihati golongan belia supaya jangan
melakukan aktiviti luar dan riadah pada
masa kini bagi mengawal dan mencegah penularan wabak
COVID-19 ini.
“Pada masa yang sama, jika didapati terdapat tanda-tanda
kecil wabak ini dengan kadar segera
sila lakukan pemeriksaan yang rapi atau menghubungi pihak
hospital dan klinik kesihatan yang
berdekatan,” katanya.
SUMBER – PAHANGMEDIA
0 comments:
Post a Comment