BEAUFORT, 18 Jan – Kemenangan calon Barisan Nasional (BN),
Datuk Mohamad Alamin yang menewaskan Datuk Karim Bujang daripada parti Warisan
disambut pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kimanis disambut dengan penuh
kesyukuran oleh pemimpin UMNO dan BN pelbagai peringkat.
Bagi Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
kemenangan besar di luar jangka itu termasuklah empat PRK di semenanjung
sebelum ini memperlihatkan penolakan rakyat rakyat terhadap kerajaan yang
memerintah hari ini.
“Kita mengucapkan syukur atas kemenangan besar yang diluar
jangka juga bagi kita di Kimanis ini dan kalau kita lihat kita telah memenangi
empat PRK di semenanjung iaitu dua DUN dan dua parlimen secara berturut-turut
dan ini jelas menunjukkan tentang penolakan rakyat di semenanjung terhadap
kerajaan yang memerintah hari ini kerana mereka gagal dari segi pembangunan
ekonomi , gagal menjaga kepentngan rakyat dan sebaginya.
“Banyak isu yang menyebabkan mereka menolak tetapi tidak ada
bukti lagi di Sabah. Jadi apa yang berlaku hari ini keputusan ini jelas
menunjukkan bahawa sentimen menolak kerajaan PH bukan sahaja di semenanjung
tetapi juga termasuk di Sabah walaupun kita berdepan dengan kerajaan Warisan di
Sabah dengan berbagai janji.
“Ini termasuklah pelbagai perkara yang kita tahu berlaku
sewaktu pilihan raya dan sebelum hari mengundi. Pelbagai kesalahan pilihan raya
dilakukan oleh mereka untuk menjamin kemenangan mereka tetapi rakyat tetap
menolak kerajaan PH,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas pengumuman rasmi keputusan
PRK Kimanis, di Dewan Datuk Seri Panglima Haji Mohd Dun Banir, Beaufort.
Mohamad Alamin atau lebih dikenali Datuk Moh mengalahkan calon daripada Parti Warisan,
Datuk Karim Bujang dengan majoriti 2,029 undi.
Datuk Mohamad Alamin memperolehi 12,706 undi manakala Datuk
Karim Bujang memperolehi 10,677 undi.
Tambah Ismail bukan sahaja atas isu Pas Sementara Sabah
(PSS), tetapi keseluruhannya kerajaan hari ini dilihat gagal untuk menjaga
kepentingan rakyat dan saya rasa momentum ini akan berterusan bukan sahaja di
semenanjung telah kita buktikan tetapi
di Sabah juga penolakan jelas dan ini juga satu kebangkitan suara rakyat
melalui PRK.
Sementara itu, Ketua Penerangan UMNO Datuk Dr Shamsul Anuar
Nasarah pula melihat kemenangan di Kimanis amat besar maknanya kepada BN dan
UMNO di Pusat khususnya Sabah dan kemenangan ini tentunya hasil daripada
sokongan kuat daripada rakyat di Kimanis dan kesungguhan seluruh jentera parti
pelbagai peringkat termasuklah rakan muafakat nasional dan muafakat Sabah.
“Kemenangan ini
menuntut supaya UMNO dan BN bekerja dengan lebih kuat lagi mendekati
rakyat memperjuangkan isu dan kepentingan rakyat kerana saya percaya dengan
pelbagai masalah yang datang daripada kelemahan kerajaan di peringkat
persekutuan dan negeri, sudah tentu rakyat menerima kesan yang amat sangat
berkaitan dengan ekonomi, kos sara hidup yang tinggi dan juga isu-isu yang membimbangkan rakyat
khususnya di Sabah berkaitan Sabah.
“Sudah tentu dengan itu menuntut supaya UMNO dan BN
khususnya di semua peringkat untuk bekerja dengan lebih kuat lagi. Jangan kita
lihat kemenangan ini adalah penyudah kepada perjuangan kita dan ini belum
penyudahnya kerana perjuangan kita masih lagi panjang sudah tentu harapan
rakyat kepada BN dan UMNO dan muafakat nasional serta muafakat Sabah kembali
sebagai sebuah kerajaan yang nampak jelas diperlihatkan dalam lima PRK terakhir
ini.
“Jadi saya harap semua peringkat kepimpinan parti bekerja
dengan lebih kuat kita dekati rakyat . Saya percaya selagi kita dekati
rakyat, rakyat akan terus bersama dengan
kita dan insya Allah akan bangkit sebagai sebuah kerajaan samaada di peringkat
persekutuan dan negeri dan percaya itu harapan rakyat yang diterjemahkan dalam
kemenangan BN di Kimanis,” ujarnya.
Sementara itu, Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Abdul Rahman
Dahlan pula berkata kemenangan itu disambut gembira oleh UMNO dan BN Sabah
serta UMNO Malaysia.
“Selama ini kita dianggap di Sabah ini sebuah parti yang
sudah tidak lagi bernyawa apabila 23 ketua bahagian UMNO keluar parti bersama
kepimpinan tertinggi bahagian, 16 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kami
melompat parti tinggal satu ADUN, enam daripada tujuh ahli parlimen dan dua
senator telah keluar parti, tidak ada orang yang memberikan peluang dan
mempercayai kami.
“Tetapi hari ini kenyataannya ialah UMNO Sabah…mudah-mudahan
keputusan ini akan memberikan kita satu iltizam baru dalam perjuangan. Kalau
kita lihat jumlah pelaburan parti Warisan di dalam PRK ini tidak akan seorang
yang akan mengatakan kita boleh menang. Terlalu banyak yang dicurahkan di
Kimanis ini dan Alhamdulillah rakyat Kimanis telah memberikan ita kepercayaan.
Terima kasih pengundi Kimanis dan terima kasih kepada seluruh jentera parti,”
tambahnya,
SUMBER: .-UMNO Online
0 comments:
Post a Comment