Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Datuk Dr Asyraf Wajdi
Dusuki menggesa Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof
Rawa tampil memberikan pencerahan mengenai polemik borang rayuan haji yang
mengelirukan.
Ujarnya, Dr Mujahid juga perlu tampil sebagaimana Ahli
Parlimen Parit Buntar itu mengumumkan kejayaan kenaikan kuota rasmi haji tempoh
hari.
Ini kerana katanya, ramai yang keliru dengan borang baharu
yang perlu diisi oleh setiap orang yang ingin merayu bagi menunaikan haji pada
tahun ini.
“Di dalam borang tersebut, perayu dikehendaki menandakan di
satu bahagian sama ada mereka bersetuju untuk membayar penuh kos Haji RM22,900
ataupun tidak.
“Dalam siaran pemaklumannya, pihak Tabung Haji (TH)
menyatakan terserah kepada pihak perayu untuk membayar penuh secara sukarela.
Dengan bahasa mudah, terserah siapa yang nak bayar penuh RM22,900 atau nak
bayar kos bersubsidi RM9,980.
“Mana-mana orang yang rasional sudah tentu akan pilih hendak
bayar RM9,980 berbanding RM22,900,” tegasnya dalam satu kenyataan di sini hari
ini.
Dr Asyraf yang juga bekas Timbalan Menteri Di Jabatan
Perdana Menteri turut menimbulkan persoalan-persoalan yang perlu dijawab oleh
Dr Mujahid.
“Apakah rasionalnya diwujudkan bahagian untuk ditandakan
persetujuan untuk perayu membayar kos penuh RM22,900?
“Apa jaminan perayu yang menandakan tidak bersetuju untuk
membayar penuh kos RM22,900 akan menerima pertimbangan yang adil?
“Apakah akan wujud diskriminasi terhadap layanan jemaah haji
muassasah yang membayar penuh dengan yang bayar kos bersubsidi? Tanyanya.
Begitu juga Dr Asyraf bertanya mengenai pertemuan bersama
mufti-mufti pada minggu lepas dan tindakan pusingan-U kerajaan Pakatan Harapan
(PH).
“Apakah ini ada kaitan dengan pertemuan dengan mufti-mufti
Jumaat lalu untuk mendapatkan ‘endorsement’ atau sokongan bagi membolehkan TH
mengenakan caj penuh kepada perayu atas hujah istito’ah (kemampuan)?
“Apakah ini satu kaedah ‘u-turn’ setelah mendapat bantahan
rakyat tatkala menteri pada awalnya mengumumkan untuk mengurangkan subsidi
haji? Soalnya lagi.
Sumber:
0 comments:
Post a Comment