KIMANIS, 13 Jan – Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN),
Datuk Seri Mohamad Hasan berkata hampir dua tahun kerajaan Pakatan Harapan (PH)
memerintah, termasuk di Sabah menerusi kerajaan PH-Warisan, mereka tidak buat
apa-apa yang seharusnya mereka lakukan.
Sebaliknya jelas beliau mereka hanya pandai menuding jari
dan menuduh yang bukan-bukan terhadap BN selain tidak nampak apa pelan
pembangunan yang mereka ingin bawa.
“PRU-14 dah lama berlalu dan hampir dua tahun mereka menjadi
kerajaan, baik di pusat mahupun kerajaan PH-Warisan di Sabah tetapi apa yang
jelas mereka tidak buat apa-apa sebagai sebuah kerajaan. Apa yang mereka
lakukan selama ini ialah menuding jari… apa yang mereka lakukan ialah menuduh
yang bukan-bukan terhadap BN.
“Rakyat tidak mahu dengar itu… rakyat mahu dengar apa yang
dilakukan oleh kerajaan PH baik di semenanjung mahupun di Sabah dan Sarawak.
Apa pelan pembangunan di Sabah, apa pelan pembangunan di Malaysia yang boleh
dilihat oleh rakyat tetapi malangnya mereka yang menjadi menteri terutama di
pusat tidak ada langsung wawasan.
“Menteri-menteri yang menjadi anggota jemaah kabinet amat
tidak berfungsi. Itu sebab baru-baru ini sudah keluar seorang… menteri besar di
Johor satu tahun disuruh berhenti. Inilah kerajaan yang pandai menabur janji,
kerajaan yang naik memfitnah BN, UMNO dan rakan-rakan di dalam BN tetapi tidak
oleh berfungsi dan tidak boleh melakukan lebih baik daripada kerajaan BN,”
katanya.
Beliau berkata demikian ketika berceramah bersama Pengerusi
BN Sabah, Datuk Bung Mokhtar Radin; bekas Ahli Parlimen Kimanis, Datuk Anifah
Aman dan pimpinan lain.
Tambah Mohamad apa yang dapat dilihat hari ini projek-projek
yang diusahakan oleh kerajaan BN seperti Balai Bomba Kimanis mereka mengatakan
mereka yang buat atau mereka membatalkan projek-projek.
Tambahnya lagi, lihat lebuh raya (Pan Borneo) yang unik dan
begitu bermakna kepada Sabah dan Sarawak terbengkalai dan tidak ada apa-apa
perubahan sejak selepas PRU.
“Jika BN, kita punya rancangan Pan Borneo ini akan siap
penghujung tahun depan tetapi sekarang ini nampak terbengkalai. Maka rugilah
kita penduduk di Kimanis kerana dengan adanya Pan Borneo ini akan terbukalah
kawasan ini. Hasrat bekas Ahli Parlimen Kimanis, Datuk Seri Panglima Anifah
Aman untuk menjadikan Kimanis ini sebagai kawasan pembangunan dan sebagainya
memang susah untuk dicapai jika keadaan jalan raya masih begini.
“Kalau di semenanjung tidak ada apapun yang mereka buat
tetapi hanya kerja menuding jari terhadap Datuk Najib, ini kerajaan BN, ini
UMNO… tidak boleh buat kerja, sedangkan ekonomi negara, pentadbiran negara
sepatutnya diuruskan dengan baik.
“Hari ini apa yang dijanjikan tidak dapat ditunaikan. Jadi,
18 Jan pastikan kita menghantar satu referendum sebagaimana di Cameron
Highlands, Semenyih, Rantau dan juga di Tanjung Piai yang perlu kita gabungkan
dengan Kimanis, iaitu referendum menolak kerajaan PH,” ujarnya lagi yang juga
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau. –
SUMBER UMNO
0 comments:
Post a Comment