Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, January 9, 2020

KERAJAAN PAHANG TANGGUNG KOS YURAN PENDAFTARAN PERKAHWINAN






Kerajaan Pahang akan menanggung kos yuran pendaftaran perkahwinan pasangan yang ingin mendaftar pernikahan mereka di negeri ini.

Menteri Besar Pahang, YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail berkata, perkara ini sudah dibincangkan oleh pihaknya selepas terdapat lebihan dalam Bajet Pahang 2020 yang dibentangkan akhir tahun lalu.

“Oleh itu, kita akan pulangkan balik kepada rakyat. Antaranya kita akan buat adalah bagi yang akan melangsungkan perkahwinan kali pertama tidak perlu bayar yuran pendaftaran.

“Kerajaan Negeri akan bayar bagi pihak mereka kepada Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP). Dijangka sebanyak RM3 juta akan diperuntukan untuk perkara ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyampaian Cek Sumbangan Kerajaan Negeri Pahang di Wisma Sri Pahang di sini semalam.

Beliau berkata, selain itu, Kerajaan Pahang juga merancang untuk membina dua rumah menerusi Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) di setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri ini.

“Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Pahang, YB. Encik Abd Rahim Muda sedang buat kajian dan pemilihan akan ditentukan oleh Pegawai Daerah.

“Ini semua akan dilaksanakan dalam tempoh tiga hingga empat bulan akan datang. Jika kita laksanakan semua ini dan ada lebihan serta kutipan hasil kita baik, lebih banyak benda lain untuk rakyat kita akan bagi,” katanya.


0 comments:

share2