Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, January 28, 2020

600 KIOSK BMF BAKAL DIWUJUDKAN DI MASJID SELURUH PAHANG





Sebanyak 600 kiosk yang memasarkan produk Buy Muslim First (BMF) atau beli produk Muslim dahulu bakal dibuka di seluruh masjid di negeri Pahang tidak lama lagi, kata, Ketua Prasarana Kempen BMF Pertubuhan -pertubuhan Pembela Islam (Pembela), Mohd. Nor Izzat Mohd. Johari.
Memetik laporan Ismaweb.net, beliau berkata,

Setakat ini proses tersebut berjalan lancar dan pihaknya hanya menunggu lampu hijau daripada pihak Mufti Pahang bagi menetapkan prosedur operasi standard (SOP) pengurusan.

Selain itu, pihaknya juga akan melihat kemudahan di masjid-masjid terbabit terlebih dahulu bagi memudahkan urusan jual beli kelak.

“Produk yang akan diniagakan adalah barangan keperluan asas seperti beras, minyak masak, gula dan tepung,” katanya.

Sebelum ini, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) UMMAH telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bagi melaksanakan kempen berkenaan.

Kempen berkenaan memfokuskan kepada peniaga yang tidak diberi ruang oleh pasaraya-pasaraya besar untuk memasarkan produk mereka.

Mengulas lanjut, Mohd. Nor Izzat berkata, pembukaan 600 kiosk di Pahang merupakan jaringan kerjasama antara Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Negeri Pahang (MUIP), Jabatan Agama Islam Negeri Pahang dan Pembela.

Katanya, selain perancangan untuk mewujudkan kiosk tersebut, pembukaan pusat beli belah BMF pertama di Malaysia, Malakat Mall juga diharapkan dapat membantu dalam menjihadkan ekonomi Islam.

“Pra perasmian Malakat Mall telah disempurnakan baru-baru ini dan Insya-Allah, pra perasmian keduanya ialah majlis Munajat Perdana yang akan diadakan pada 21 Januari ini di Malakat Mall yang melibatkan kiyai, agamawan, tahfiz-tahfiz, tokoh perniagaan dan tokoh NGO.

“Bagi peringkat usahawan pula, sudah ada yang melepasi peringkat saringan dan pemilihan. Sudah pasti mereka teruja.

“Malah, kami dalam Jawatankuasa Prasarana Kempen BMF dan pejuang-pejuang BMF juga tidak sabar untuk melihat pasar raya 100 peratus produk muslim pertama di Malaysia beroperasi,” katanya.
InsyaAllah.



0 comments:

share2