KUANTAN: Sebagai pemhimpunan penutup tirai 2019 Program
Perhimpunan Bersama Penjawat Awam Negeri, Menteri Besar Pahang Dato’ Sri Haji
Wan Rosdy Wan Ismail menyarankan para
penjawat awam supaya menggembling tenaga, usaha dan idea agar segala sasaran
dan perancangan tahun 2020, dapat dicapai.
Dalam ucapan selama 39 minit Menteri Besar memberi penekanan
betapa penting berkenaan sasaran kutipan hasil negeri untuk tahun depan.
Beliau menggesa semua penjawat awam di negeri ini untuk
memuat turun aplikasi PahangGo bagi tujuan membuat pelbagai pembayaran bil dan
cukai, selain mendapatkan hebahan informasi terkini berkaitan kerajaan negeri.
Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail berkata, Kerajaan Negeri
telah menubuhkan PahangGo sebagai usaha mempelbagaikan sumber hasil kerajaan
negeri.
"Kalau boleh saya hendak wajibkan setiap kita (penjawat
awam) membayar bil menggunakan PahangGo kerana selain ianya memudahkan,
aplikasi ini adalah kepunyaan bersama.
"Siapa lagi yang hendak menyokong PahangGo jika tidak
kita semua, kerana jika PahangGo berjaya, yang akan mendapat faedah adalah kita
semua juga," katanya ketika berucap di Program Perhimpunan Penjawat Awam
Negeri Pahang di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah.
Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri
Dr. Sallehuddin Ishak; barisan Exco Kerajaan Negeri Pahang dan pegawai kanan
kerajaan.
Beliau berkata, PahangGo dipertanggungjawab untuk memoden
dan mendigitalkan sistem pengurusan kerajaan melalui sistem yang lebih terkini
dan memudahkan rakyat.
"Dengan adanya platform ini, rakyat akan lebih mudah
untuk membuat semakan tunggakan dan seterusnya membuat pembayaran kerana
bayaran bil utiliti, cukai serta pembayaran kompaun kini boleh dibuat melalui
satu aplikasi.
"Usaha ini akan meningkatkan kutipan kompaun yang
dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sebanyak 20 peratus menjelang
tahun 2020," katanya.
Beliau berkata, antara inisiatif yang sedang dibangunkan
adalah sistem parkir secara 'mobile' di mana 50,000 petak parkir milik 11 PBT
akan diuruskan secara digital.
"Ini merupakan salah satu pilihan kepada kaedah
pembayaran parkir menggunakan kupon pada ketika ini dan telah boleh dimuat
turun bermula 23 Oktober lepas," katanya.
SUMBER: #KerajaanNegeriPahang
#UKOMP
0 comments:
Post a Comment