KUANTAN: Ketua Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam
Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Pahang, Mohd Suffian Mohd Abass berkata,
pelaksanaan Subsidi Petrol (PSP) bermula Januari depan dijangka memberi impak
tidak langsung ke atas perubahan harga barangan di negeri Pahang.
Sehubungan itu katanya, Ops Catut (PSP) 6.0 dilaksanakan
bagi menangani aktiviti pencatutan dan manipulasi harga secara tidak terkawal.
"Kementerian sedar harga barangan di pasaran kini
mengalami kenaikan dan penurunan kesan faktor penawaran, persaingan, cuaca,
peningkatan kos, termasuk harga bahan mentah dan kadar upah, pengaruh pengeluar
asal dan sebagainya.
"Pelaksanaan PSP juga dijangka memberi impak. Jadi
operasi ini melibatkan semua rantaian pembekalan dan pengedaran barangan di
peringkat pengilang, pemasaran am, pengedar, pemborong dan peruncit.
Ops Catut 6.0 dijalankan di bawah Peraturan-Peraturan
Kawalan Harga Dan Antipencatutan (Mekanisme Untuk Menentukan Keuntungan Tinggi
Yang Tidak Munasabah) 2018, Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan (AKHAP) 2011.
SUMBER :
0 comments:
Post a Comment