Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, December 1, 2019

PARAS AIR DI KUALA TAHAN CECAH TAHAP AMARAN



Jerantut, 30 November 2019 - Paras air di Kuala Tahan mencecah 66 meter berbnding semalam 63.6 meter iaitu mencecah paras amaran pada jam 5.00 petang. Untuk makluman paras biasa adalah 60 meter manakala paras waspada adalah 64 meter.


Menurut laporan dari Afzal Aziz, sahabat PahangKu Media di Kuala Tahan, hujan masih turun renyai-renyai dan sekejap-sekejap.


Operasi bot bagi tujuan pelancongan Di lokasi berisiko telahpun dihentikan bagi menghindari sebarang kemungkinan buruk berlaku.


Sementara itu tinjauan paras air di Jerantut Feri didapati juga meningkat ke 44 meter pada jam 6.00 petang tadi. ini berikutan limpahan air dari sebelah hulu sungai Jelai dan sungai Tembeling.


Bagaimanapun tiada laporan sebarang jalan utama yang ditutup akibat kenaikan paras air setakat ini.


Published by Azam Abd Rahman • PahangKu Media •

Kredit/foto: Afzal Aziz

0 comments:

share2