KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia)
mengeluarkan notis amaran cuaca waspada peringkat kuning dengan hujan lebat di
beberapa kawasan di Pahang dan Johor hari ini.
MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan, hujan lebat
dijangka berlaku di Pekan, Pahang serta Segamat, Batu Pahat, Kluang, Pontian,
Kulai dan Johor Bahru di Johor.
Sementara itu, angin kencang dengan kelajuan antara 40
hingga 50km/j juga dijangka boleh berlaku di perairan Kelantan, Terengganu,
Pahang, Johor Timur dan Sarawak dengan ombak mencapai 3.5m.
“Kejadian ini boleh mendatangkan risiko limpahan air laut di
pesisir pantai dan muara sungai kawasan berkenaan,” menurut kenyataan itu.
0 comments:
Post a Comment