Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, November 16, 2019

PRK TG PIAI BERJALAN LANCAR





TANJUNG PIAI, 16.11.2019, – Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Mohamad Hasan bersyukur proses pengundian berjalan lancar dan berharap jentera parti terus kekalkan momentum bagi mengeluarkan pengundi-pengundi terutama pengundi putih.


Katanya, ini berdasarkan peratusan yang keluar setakat jam 10 pagi tadi sudah melebihi 25 peratus.


“Alhamdulillah nampaknya proses mengundi pada pagi ini berjalan dengan baik walaupun ada sesetengah tempat ada kesesakan lalu lintas, memang menjadi masalah.


“Peratusan keluar mengundi setakat pukul 10 pagi dah melebihi 25 peratus. Ini satu peratusan yang baik kalau kita melihat kepada pilihan raya kecil (PRK) yang lalu.


“Jadi saya berharap supaya pengundi-pengundi akan keluar mengundi sebelum tengahari kerana petang takut hujan dan jangan lupa undi BN,” ujarnya  ketika ditemui di pejabat parti di Pusat Daerah Mengundi Peneroka.


Hari ini, sebanyak 27 pusat mengundi dibuka bermula jam 8 pagi dengan 125 saluran disediakan bagi memudahkan proses pengundian dan ditutup pada jam 5.30 petang.


Seramai 52,986 orang pengundi akan terlibat proses demokrasi tersebut, yang terdiri daripada 52,698 pengundi biasa, 280 pengundi awal dan 8 orang pengundi tidak hadir (luar negara) berdasarkan Daftar Pemilih Suku Tahun Kedua 2019 yang dikemaskini sehingga 23 September.


Selasa lalu, 12 Nov sebanyak 91 peratus daripada 280 pengundi awal menunaikan hak mereka di Bangunan Persatuan Keluarga Polis (Perkep), Ibu Pejabat Polis Daerah Pontian di sini.



0 comments:

share2