TANJUNG PIAI, 16.11.2019 Barisan Nasional (BN) sekali lagi mencipta
kemenangan di Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai dengan
menumbangkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) dan empat yang lain.
Wakil BN, Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng memperoleh undi dengan
majoriti sebanyak 15,086 undi berbanding lima yang lain.
Keputusan tersebut diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan
Raya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) PRK Tanjung Piai, Zulikifly Mohd Tahir di
Pusat Penjumlahan Undi Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, Pontian.
Ini merupakan kemenangan buat kali kedua BN ke atas Parti
Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang mewakili PH, diketuai oleh pengerusinya
yang juga Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Sebelum ini BN merampas kembali kerusi Dewan Undangan Negeri
(DUN) Semenyih dari PPBM dengan majoriti 1,914 undi setelah tewas dalam Pilihan
Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu dengan majoriti 8,964 undi.
Karmaine Sardini dari PH-PPBM memperolehi 10,380 undi;
Gerakan Wendy Subramaniam 1,707 undi dan Berjasa Datuk Dr Badhrulhisham Abdul
Aziz 850 undi.
Manakala dua calon Bebas iaitu Dr Ang Chuan Lok mendapat 380
undi dan Faridah Aryani Abdul Ghaffar 32 undi.
Ketika pengumuman dibuat, Dr Wee turut berada di dalam dewan
sambil diiringi pemimpin-pemimpin BN dan rakan-rakan parti serta PAS.
Pengumuman kemenangan beliau turut dirai dengan sorakan
kegembiraan penyokong dan jentera yang berada di dalam dan luar dewan mahupun
yang berada di Bilik Gerakan Utama BN.
Kemenangan BN juga sebagai tanda Muafakat Nasional diterima
oleh rakyat khususnya di Tanjung Piai di mana komposisi kaum antara Melayu dan
Cina serta lain-lain di kawasan tersebut tidak jauh berbeza.
Dr Wee merupakan Ketua MCA Bahagian Tanjung Piai yang
berpengalaman sebagai Ahli Parlimen di kawasan yang sama sebelum ini pada tahun
2008 hingga 2018 dan sebelumnya sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pekan
Nenas.
Seramai 52,986 orang pengundi terlibat proses demokrasi
tersebut, yang terdiri daripada 52,698 pengundi biasa, 280 pengundi awal dan 8
orang pengundi tidak hadir (luar negara) berdasarkan Daftar Pemilih Suku Tahun
Kedua 2019 yang dikemaskini sehingga 23 September.
Hari ini, sebanyak 27 pusat mengundi dibuka bermula pukul 8
pagi dengan 125 saluran disediakan bagi memudahkan proses pengundian dan
ditutup pada jam 5.30 petang.
Selasa lalu, 12 Nov sebanyak 91 peratus daripada 280
pengundi awal menunaikan hak mereka di Bangunan Persatuan Keluarga Polis
(Perkep), Ibu Pejabat Polis Daerah Pontian di sini.
Zulikifly juga mengumumkan sebanyak 74.5 peratus peratus keluar mengundi.
0 comments:
Post a Comment