KUANTAN: Kerajaan BN
Pahang komited dalam melaksanakan projek PR1MA Pahang serta Rumah Makmur bagi
memenuhi kehendak rakyat khususnya mereka yang berpendapatan rendah.
Bagi memastikan kesejahteraan hidup rakyat Pahang, kerajaan
negeri telah mengambil inisiatif untuk membina rumah mampu milik iaitu rumah
PR1MA dan Makmur di seluruh daerah, kata Menteri Besar Pahang, Dato Sri Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail .
Menteri Besar berkata demikian ketika merasmikan projek
Rumah Makmur di Kg. Tiram, Kuantan yang menempatkan sejumlah 635 buah rumah
teres bertiang yang bakal dimulakan seawal tahun 2020.
"Amatlah besar harapan saya untuk melihat seluruh
rakyat Pahang hidup dalam keadaan makmur dan sejahtera, In Syaa Allah,"
katanya.
Semenrara itu beiau turut mengingatkan pembeli bahawa Kerajaan Pahang akan merampas kembali
rumah mampu milik Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) dan Makmur yang didapati
dijadikan inap desa oleh pembeli.
Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail
berkata, rumah tersebut diperuntukkan khas kepada rakyat yang tidak
berkemampuan.
Menurutnya, rakyat seharusnya menghargai pemberian kerajaan
menerusi projek perumahan sebegini kerana kerajaan sanggup kehilangan hasil
premium tanah tersebut demi rakyat.
"Kerajaan kehilangan hasil dalam projek sebegini demi
rakyat. Ini kerana kerajaan negeri tidak memungut premium daripada pemaju bagi
memastikan pemaju dapat membina rumah bernilai RM80,000 untuk projek Makmur dan
RM150,000 pula projek PR1MA.
"Jadi seharusnya perkara tersebut tidak berlaku. Kalau
sewakan buat homestay (inap desa) maknanya mereka mampu dan ada rumah lain.
Projek ini khas untuk mereka yang berpendapatan bawah RM5,000 (Makmur) dan
bawah RM10,000 (PR1MA)," katanya.
Hadir sama, Exco Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Abd Rahim
Muda dan Exco Kemudahan Asas, Penyampaian Awam dan Inovasi, Datuk Seri Norol
Azali Sulaiman.
SUMBER:
0 comments:
Post a Comment