PANTAI AIR LELEH, KUALA PAHANG, PEKAN – Kedua-dua Kerajaan
Persekutuan dan Kerajaan Negeri telah bersetuju bagi pembinaan Lapangan Terbang
Baharu Tioman, kata Menteri Besar, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail.
“Kabinet dah setuju, Kerajaan Negeri juga dah setuju.
Sekarang ini, kerja-kerja awalanlah – (urusan berkaitan) tanah dan sebagainya…
Laporan EIA (sepertimana) apa yang dikehendaki (perlu disediakan).
“Yang penting sekarang ini, Kabinet (Kerajaan Persekutuan)
telah bersetuju. Kerajaan Negeri juga telah bersetuju. Kos, belum lagi
dimuktamadkan. Yang akan bina ialah ‘private sector’,” katanya.
Beliau berkata demikian sebagai reaksi kepada soalan
wartawan tentang Lapangan Terbang Baharu Tioman itu pada persidangan media
sempena Majlis Perasmian Sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia dan Hari
Hutan Antarabangsa Peringkat Negeri pagi Isnin, 4 November di sini.
Menurut sumber-sumber, empat (4) syor dikemukakan sebagai
tapak pembinaan Lapangan Terbang Baharu Tioman ini tetapi akhirnya, syor kedua
menjadi pilihan iaitu di Kampung Paya sepertimana dicadangkan oleh Jabatan
Kerja Raya (JKR).
Di Kampung Paya ini, ia tidak melibatkan penempatan
penduduk, tidak sepertimana syor pertama di Kampung Genting – selain melibatkan
kampung-kampung lalu menjejaskan kehidupan seharian mereka, syor pertama ini
juga melibatkan kaedah tambak laut yang boleh menjejaskan ekosistem marin sedia
ada.
Dua syor lagi ialah syor ketiga dengan menambah baik
lapangan terbang sedia ada di Kampung Tekek, manakala syor keempat ialah dengan
menambah baik landasan kapal terbang sedia ada di Kampung Lanjut yang terletak
di tanah besar berhampiran Kuala Rompin.
Lapangan Terbang Baharu Tioman di Kampung Paya ini kelak,
cadangan landasan kapal terbang yang telah diluluskan pada tahun 2004 lagi
ialah 1.8 KM panjang dan 48 meter lebar.
Bagaimanapun, bagi cadangan untuk membolehkan pesawat jenis
Boeing 737 atau Airbus A320 berkapasiti antara 180 dan 200 penumpang mendarat
di Lapangan Terbang Baharu Tioman ini, tambahan panjang lagi 700 meter
menjadikan keseluruhan 2.5 KM, diperlukan.
SUMBER : kHABAR PAHANG
0 comments:
Post a Comment