Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, June 15, 2019

PELABUR PERTAMA DI MCKIP DAPAT TAULIAH

  

 



KUANTAN, 15.6.2019 :  – Pembangunan MCKIP dan kesan daripada pelaburannya secara langsung dan tidak langsungnya telah memberi kebaikan masyarakat tempatan, bandar Kuantan dan Negeri Pahang keseluruhannya.


Menteri Besar Pahang Dato Sri Wan Rosdy Bin Wan Ismail dalam status yang dimuat naik ke laman media sosial hari ini berkata, projek yang diusahakan oleh Kerajaan Barisan Nasional sebelum ini bermula pada awal tahun 2018 dan telah memberi banyak kesan kepada pertumbuhan ekonomi khususnya di Pahang ini termasuk penyediaan peluang kerja dan perniagaan.


Setakat ini, ASSB telah menyediakan lebih 3600 peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia dan anak Pahang.


"Saya turut dimaklumkan 16.15 peratus daripada RM5.6 billion jumlah pelaburan ASSB di Malaysia telah dilaburkan untuk teknologi hijau ataupun kemudahan perlindungan alam sekitar," jelas beliau.


YAB Menteri Besar Pahang hadir ke Majlis Pertauliahan 3.5 Tan Projek Besi Bersepadu Alliance Steel (M) Berhad di Malaysia-China Industrial Park (MCKIP), Kuantan, hari ini,


Alliance Steel Berhad merupakan pelabur pertama yang menyertai MCKIP dengan keluasan 710 ekar projek mega kilang besi bersepadu.


ASSB diharap dapat meneruskan peningkatan dan berkembang maju dalam segala aspek untuk mendukung slogan ‘Di Malaysia, Untuk Malaysia’ dan berkhidmat untuk negara ini.


SUMBER: BPUN Pahang
#MajuTerusPahang

0 comments:

share2