KUALA LUMPUR: “UMNO
ingin menegaskan sekali lagi bahawa muafakat dan kerjasama politik UMNO-PAS
menjadi fokus dan komitmen utama UMNO, dalam usaha memperbaiki kebobrokan
politik dan pemerintahan negara masa ini,” kata Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri
Annuar Musa.
Tegas beliau, sebarang percubaan membuat spekulasi liar
tanpa asas termasuk kononnya pimpinan UMNO sedang merundingkan penggabungan
dengan parti lain adalah tidak benar.
“UMNO akan teguh bermuafakat bersama PAS dan akan membuat
perhitungan politik secara bersama berpandukan piagam dan kesepakatan yg
termeterai di antara kedua-dua parti.
“Muafakat UMNO-PAS akan menjadi asas kepada muafakat
nasional yang lebih besar dan inklusif agar membentuk satu usaha padu ke arah
merubah politik dan pemerintahan negara supaya rakyat benar-benar terbela dan
negara benar-benar sejahtera,” kata beliau yang juga Ahli Parlimen Ketereh.
Dalam kenyataan media beliau semalam, UMNO mengucapkan
tahniah kepada Presiden, Timbalan Presiden, Naib-Naib Presiden dan semua saf
kepimpinan PAS yang dipilih di Muktamar Tahunan parti itu.
Tan Sri Annuar Musa berkata UMNO juga mengalu-alu dan
menyambut baik Ucapan Dasar Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang,
khususnya menyentuh Piagam dan lima Prinsip Kerjasama Politik PAS.
Sumber: MediaUMNO
0 comments:
Post a Comment