KEPALA BATAS, 25.6.2019 – Pemerhati Politik Azizi Safar berkata,
kenyataan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad tidak ada keperluan untuk
Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Azmin Ali meletakkan jawatan kerana
skandal video seks palsu ‘bukan cara Malaysia’ amat berbeza dengan cara ketika
beliau menjadi Perdana Menteri ke empat.
Jelas beliau, isu seks melibatkan pemimpin negara bukan
pertama kali terjadi malah ketika Tun menjadi Perdana Menteri dahulu turut ada
isu seks yang melibatkan pemimpin seperti kes yang melibatkan Tan Sri Rahim
Thamby Chik dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Rahim Thamby Chik pernah dituduh oleh Dap terlibat dalam
skandal seks dengan budak bawah umur semasa jadi Ketua Menteri Melaka dan Ketua
Pemuda UMNO Malaysia.
“Dia letak jawatan Ketua Menteri Melaka setelah diminta
berbuat demikian oleh Anwar Ibrahim yang semasa itu jadi Timbalan Perdana
Menteri. Dia juga ‘bercuti dari jawatan’ Ketua Pemuda UMNO Malaysia setelah
didesak untuk berbuat demikian oleh pimpinan kanan Pemuda UMNO Malaysia yang
pro-Anwar.
“Anwar Ibrahim pula semasa jadi Timbalan Perdana Menteri
telah dipecat dari jawatan itu oleh Tun sendiri setelah didakwa melakukan seks
songsang dan terlibat dengan salah guna kuasa. Malah dia juga dipecat daripada
UMNO. Tiada video intim ditularkan untuk menyokong dakwaan terhadap Anwar
semasa itu. Kedua-dua peristiwa ini berlaku semasa tun jadi Perdana Menteri dan
Presiden UMNO,” ujar beliau.
Tambah Azizi, tindakan dan kenyataan Tun kini ternyata amat
berbeza apabila ia melibatkan Azmin walaupun terdapat video dan pengakuan oleh
individu yang mengaku menjadi pasangan bersemburit.
“Jadi, kenyataan Tun kononnya meletakkan jawatan kerana
dituduh terlibat dengan skandal seks bukan cara Malaysia berbunyi amat pelik.
Kenapa nadanya berbeza kini? soal beliau.
Tun berkata demikian ketika ditanya media mengenai tulisan
Anggota Majlis Tertinggi Bersatu, Kadir Jasin yang secara tersirat mengatakan
menteri yang terbabit dalam skandal seks perlu meletak jawatan.
Sumber – MediaUMNO
0 comments:
Post a Comment