UMNO mendesak agar Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyiasat dan mengambil tindakan terhadap aktiviti penyogokan pengundi oleh Pakatan Harapan (PH) di Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih.
Setiausaha Agung UMNO Tan Sri Annuar Musa berkata, apa yang dilakukan oleh PH jelas melanggar akta pilihan raya 1954.
“Merujuk kepada surat edaran oleh Pengerusi SPR yang ditandatangani sendiri oleh beliau iaitu Datuk Azhar Azizan Harun, surat tersebut memberikan peringatan kepada semua calon bertanding tentang pelanggaran peraturan-peraturan pilihan raya.
“Salah satu daripadanya adalah aktiviti-aktiviti penyogokan termasuk memberi hadiah atau aktiviti yang menggunakan kemudahan dan aset kerajaan… dalam gambar tadi ada surat urusan kerajaan yang diberikan bersama hamper maka ini jelas percubaan PH menyogok pengundi dan ini melanggar peruntukan undang-undang di bawah Seksyen 4A, Seksyen 8, Seksyen 9 dan Seksyen 10 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.
“Maka UMNO menyeru SPR mengambil tindakan berdasarkan pada bukti-bukti yang ada dan juga SPRM sepatutnya mengambil tindakan kerana jelas terdapat bukti PH cuba menyogok pengundi di PRK Semenyih,” jelas beliau kepada UMNO-Online.
Hari ini, ketika Pemuda UMNO Malaysia berkempen mendekati pengundi PDM Sg Jai Semenyih, telah kelihatan hamper dan surat tawaran baik pulih rumah dibawah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) yang diagih-agihkan kepada pengundi di sini.
Ini jelas melanggar akta pilihan raya.
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki pula menyifatkan PH begitu angkuh dan masih tidak belajar daripada PRK Cameron Highlands.
“Petang ini ketika saya dan rombongan Pemuda UMNO melakukan ziarah rumah ke rumah pengundi di PDM Sg Jai Semenyih, kami terlihat hamper dan surat tawaran . Ini jelas merupakan kesalahan pilihanraya dan suatu rasuah politik yang cuba memancing undi pengundi di PRK DUN Semenyih.
“Maka Pergerakan Pemuda UMNO mendesak agar pihak SPR mengambil tindakan tegas terhadap PH. Jangan amal pilih kasih kerana kemenangan BN pernah dibatalkan di Cameron Highlands lantaran didakwa terlibat dengan rasuah politik.
“Rakyat sedang memerhatikan sejauh mana ketelusan dan keadilan SPR yang kini Ahli Suruhanjaya yang baru dilantik terdiri daripada aktivis dan pendokong BERSIH,” tegasnya.
0 comments:
Post a Comment