Naib Ketua Bahagian Seputeh Datuk Razlan Rafii membidas tindakan Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Samad yang menutup bazaar Ramadhan di ibu kota hanya dengan alasan kononnya mahu melakukan pemutihan terhadap aktiviti menjual lesen berniaga kepada warga asing.
Jelas beliau, tatkala PPBM melaungkan ‘Kepentingan Melayu akan kami jaga’ rakan karibnya, Amanah terus membuli peniaga Melayu.
“Malangnya Melayu Bandar… Bazaar Ramadhan setahun sekali sahaja untuk orang Islam mencari rezeki, di buli oleh Khalid Samad… tidak ada ke cara lain selain dari penutupan ini?
“Memang benar ada kalangan orang Melayu yang tidak bertanggungjawab tapi ianya hanya 10-30 peratus sahaja dan mereka ini memang sepatutnya dikenakan tindakan tapi kenapa PH menghukum semua peniaga bazaar kerana segelintir ini?
“Saya masih ingat tahun lepas, tahun pertama PH jadi Kerajaan, Ahli Parlimen Bukit Bintang yang menjual bazaar Ramadhan ini berpakat dengan Pemuda PPBM untuk memerah darah daging peniaga Melayu di Jalan TAR tapi sayangnya Siasatan SPRM di simpan bawah tikar,” ujar beliau dalam satu kenyataan media.
Justeru tambah Razlan, beliau berasa hairan mengapa bazaar Ramadhan setahun sekali, Khalid mengambil keputusan begitu drastik dan begitu teruja menghukum Orang Melayu tetapi tidak melakukan perkara yang sama di Petaling Street.
“Cuba Khalid pergi ke Petaling Street (tempat perniagaan Cina) yang peniaganya bukan Cina, semua Bangla, kenapa Khalid takut nak tutup Petaling Street? Peniagaan di sana setiap hari, bukan setahun sekali!
“Saya nasihatkan kepada Kementerian Wilayah, bersikap adilah kepada orang Melayu di Bandar, jangan ‘double standard’ dan letak Melayu di bawah tapak kaki dalam pentadbiran anda.
“Sekirannya mahu mengambil apa-apa keputusan, fikir panjang berkaitan masa depan dan periuk nasi rakyat, bukan semberono tanpa melihat punca rezeki mereka,” tegas beliau.
0 comments:
Post a Comment