Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, February 13, 2019

CAKAP TAK SERUPA BIKIN, HARAPAN PALSU JADI PENILAIAN TOLAK PH





Ketua Pemuda UMNO Hulu Langat, Mohamad Shahir Mohd Yusof berkata pemimpin Pakatan Harapan (PH) diibaratkan seperti ‘cakap tak serupa bikin’ kerana mereka hanya sekadar berjanji selain memberikan harapan palsu terhadap golongan muda.

Jelasnya pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke 14 yang lalu, PH menjanjikan bulan dan bintang kepada golongan muda, namun hari ini umumnya rata-rata dapat melihat dan membuat penilaian bahawa ramai golongan muda dikecewakan setelah apa yang dijanjikan oleh kerajaan Malaysia Baru tidak ditunaikan.

“Manifesto PH yang lalu seperti tawaran kepada peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), penghapusan tol dan sebagainya lagi membuatkan ramai pengundi muda tersasar ke arah mereka, namun selepas sembilan bulan memerintah, semua janji yang terkandung untuk golongan muda tidak dihiraukan oleh kerajaan Malaysia Baru,” katanya ketika dihubungi UMNO Online, di sini, hari ini.

Shahir menjelaskan, rakyat hari ini tidak lagi menjadikan projek-projek ‘mee segera’ sebagai asas kepada penilaian tetapi mereka lebih mengutamakan bukti yang bukan sekadar janji, apa yang dikata harus dikotakan.

“Kecelaruan dan kerakusan pentadbiran kerajaan hari ini gagal menunaikan janji PRU ke-14, pimpinan kerajaan PH hari ini seperti menepuk air di dulang terpercik ke muka sendiri, meludah ke langit terkena muka sendiri dan cakap tak serupa bikin,” ujarnya.

Beliau seterusnya melontarkan keyakinan bahawa pengundi muda akan kembali mengundi Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih apatah lagi kali ini melibatkan kerjasama antara Pas dan BN yang makin utuh.

“Kerjasama BN dan PAS menjadi pemangkin sokongan perubahan kepada BN, insya-Allah kita yakin pengundi muda dan pengundi di DUN Semenyih akan kembali menyokong BN.
“BN sebenarnya telah banyak berjasa kepada rakyat selama 60 tahun dan rakyat boleh menilai apa yang dilakukan selama ini… bukan semata-mata membuat janji seperti yang dilakukan oleh PH,” tambahnya lagi.


0 comments:

share2