Tanah Rata, 23.1.2019 : Timbalan Pengerusi
Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, semua jentera harus
berhati-hati dalam berkempen di saat-saat akhir kerana apa yang penting adalah
pada hari pengundian nanti.
Jelas beliau, tidak guna berkempen siang
malam sekiranya para pengundi gagal di bawa keluar untuk membuang undi.
“Apa yang saya harapkan dari jentera yang
telah disusun rapi adalah yakinkan dan bawa keluar para pengundi untuk buang
undi di pusat daerah mengundi. Tidak guna kira berkempen siang dan malam tetapi
kita tidak berjaya untuk keluarkan orang.
“Jadi semua jentera harus berhati-hati dan
terus berusaha keras sehinggalah ke penghujungnya,” ujar beliau kepada media
selepas menyertai majlis tahlil di Masjid Kayangan, Brinchang, malam tadi.
Mohamad turut melahirkan rasa puas hati
dengan gerak kerja yang dilakukan jentera parti sepanjang berkempen di Pilihan
Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands ini.
Menurutnya, maklum balas yang diterima dari
orang ramai sepanjang berkempen juga adalah sangat baik dan menggalakkan.
Justeru beliau yakin BN akan mampu
mengekalkan kemenangan di kerusi Parlimen Cameron Highlands ini.
SUMBER
0 comments:
Post a Comment