Jelai. 23.1.2019: Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Nik Mohamad Abduh
Nik Abdul Aziz berkata Pasca Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) telah
memperlihatkan kejutan Pakatan Harapan (PH) berjaya menjadi kerajaan semakin
hilang di mata rakyat setelah muncul kejutan yang lebih besar melanda negara.
Ini kerana katanya, timbul kejutan yang
lebih besar iaitu bagaimana UMNO dan PAS boleh bersatu, dalam erti kata lain
sepakat bekerjasama dan bermuafakat dalam blok pembangkang.
“Dan hari ini kejutan yang pertama itu
semakin hilang, kerajaan PH semakin hilang, semakin turun di mata rakyat kerana
apa, kerana wujud satu kejutan baru iaitu bagaimana UMNO dan PAS boleh bersatu.
“Cerita puluhan tahun UMNO PAS ini, ahli
sejarah, sejarah orang politik pun semua melihat dalam negara Malaysia ini PAS
UMNO adalah sebuah institusi masyarakat. Maknanya orang Melayu ini terpecah
dua, PAS dan UMNO dan mereka tidak boleh gambarkan bagaimana PAS dan UMNO ini
boleh bersatu.
“Kerana apa? Kerana sejarah politik yang
panjang. Kita bertembung semenjak sebelum dari kemerdekaan lagi, sekejap sahaja
bersama kemudian UMNO dan PAS berpisah, tahun 1946, tahun 1951 sehinggalah alaf
tahun baru dua ribu lebih pun masih duk berperang antara PAS dan UMNO,” ujarnya
di dalam ceramah sepentas di kempen Pilihan Raya Kecil Parlimen Cameron
Highlands di Kampung Kuala Medang, di sini, malam tadi.
Nik Abduh tampil berceramah bersama
pemimpin-pemimpin UMNO seperti Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa, Ahli
Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman dan Presiden Perkasa,
Datuk Ibrahim Ali.
Jelasnya Ahli Parlimen Bachok itu lagi,
atas kehendak Allah selepas PRU-14 hubungan di antara PAS dan UMNO semakin hari
semakin baik di dalam saf pembangkang.
“Tiba-tiba, selepas PRU14, suasana jadi
lain atas kehendak Allah SWT gempa pertama berlaku UMNO tumbang naik PH.
Kemudian berlaku gempa kedua yang lebih besar dalam masyarakat bagaimana kita
tengok hari ini hubungan di antara PAS dan UMNO semakin hari semakin baik.
0 comments:
Post a Comment