Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, January 2, 2019

SEKITAR RM140 JUTA CUKAI TERSEMBUNYI PETROL DIKUTIP KERAJAAN PH MINGGU INI: NAJIB




Pekan, 2.1.2019:  “Untuk minggu ini sahaja, kerajaan PH akan mengutip sekitar RM140 juta dari cukai tersembunyi petrol yang sekurang-kurangnya 30 sen satu liter kerana tidak mengurangkan harga petrol.”

“Bayangkan bahawa kerajaan PH telah mengutip cukai tersembunyi ini untuk tempoh lebih dari dua bulan akibat kejatuhan harga minyak dunia. Mereka tak bagi subsidi minyak kepada rakyat tetapi rakyat yang bagi subsidi kepada mereka,” kata Dato' Sri  Najib Tun  Abdul Razak yang juga Ahli Parlimen Pekan.

Menulis dalam Facebook, Najib juga berkata rakyat berhak untuk terus mendesak PH menepati janji manifesto untuk mansuhkan semua tol di Malaysia tetapi perlu berhati-hati ini bukan hasil dari cukai petrol tersembunyi yang ditibai secara senyap-senyap dari kita juga.


0 comments:

share2