Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, January 19, 2019

PENYALAHGUNAAN KUASA DAN POLITIK UGUT-MENGUGUT DI PRK CAMERON HIGHLANDS SERLAH TINGKAH PH







Sekretariat Suara Rakyat UMNO Malaysia memandang berat perkembangan terkini yang berlaku di kawasan PRK P078 Cameron Highland.

Pengerusinya, Datuk Lokman Noor Adam berkata, sejak Barisan Nasional (BN) menamakan ACP (B) Ramli Mohd Nor sebagai calon PRK P078, kepimpinan DAP bagaikan cacing kepanasan.

“Bermula dengan fitnah, kononnya ACP Ramli akan menyertai Pakatan Harapan (PH) jika menang, hinggalah kepada rancangan untuk mengagalkan 2000 orang masyarakat orang asli daripada keluar mengundi calon BN dari suku kaum Semai itu.
“Jelas strategi BN tidak mereka jangka dan berjaya membuat Kit Siang anak beranak mati akal,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Namun, tegasnya penyalahgunaan kuasa PH jelas sudah melampaui batas apabila Pegawai JKOA Cameron Highland bukan sekadar diugut, malah diarah tukar 24 jam apabila Program Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng gagal mendapat sambutan Tok Batin dan masyarakat Orang Asli disini 17hb lalu.

“Apa sudah jadi dengan janji ‘Malaysia Baru’ bahawa agensi kerajaan tidak akan disalahgunakan untuk kepentingan politik? Nampaknya apa sahaja yang dijanjikan, pasti tidak akan dikotakan.

“Berdasarkan tinjauan saya ke beberapa perkampungan orang asli bersama Datuk Seri Najib jelas membuktikan bahawa masyarakat asli kini mengikuti setiap apa yang berlaku di Kuala Lumpur.

“Semua janji yang tidak ditunaikan, kegagalan PH mentadbir ekonomi negara dengan baik dan semua lawak bodoh yang diungkapkan oleh menteri-menteri PH menjadi bual bicara mereka, malah ada dikalangan masyarakat asli di Cameron Highland turut mengikuti perjuangan Datuk Seri Najib Razak menentang kebobrokan PH melalui telefon pintar mereka.

“Anwar dan Guan Eng kena sedar bahawa ini bukan zaman Orang Asli mendengar sahaja apa yang dipertontonkan ditelevisyen.”

Katanya, mereka sudah jauh kehadapan dan boleh menilai yang mana baik dan yang mana buruk. Patutlah ada diantara mereka memeluk Idola mereka “Najib Bossku “ sehingga tidak mahu melepaskannya.

“Mereka sudah boleh menilai yang mana kaca dan yang mana permata. Kejayaan kebangkitan rakyat ini sudah pasti tidak akan membuahkan hasil sebegini cepat tanpa bantuan berterusan kepimpinan PH yang tidak pernah jemu melakukan kesilapan dan melanggar janji mereka sendiri.

“Terima kasih dinasti Lim DAP!”


0 comments:

share2