Keputusan Pilihan Raya Kecik (PRK) di Cameron Highlands
bukan sahaja sangat penting, tetapi juga kemenangan yang manis dan penuh
pengajaran, kata Timbalan Presiden UMNO yang menjalankan tugas-tugas Presiden,
Datuk Seri Mohamad Hasan.
Katanya, manis kerana kita meraih kemenangan dikala kita
tidak punya segalanya kecuali perpaduan dan kesatuan dalam mencapai matlamat
yang lebih besar.
“Penuh pengajaran kerana ia menampilkan dengan nyatanya
perasaan komuniti-komuniti kecil di Cameron Highlands, terutamanya Orang Asli,
mengenai wakil yang mereka kehendaki di Putrajaya.
“Ini suatu amanat besar bagi BN dan PAS, dan kami akan
bekerjasama untuk memenuhi amanat yang dipertanggungjawabkan ke atas kami.
“Tanpa sebuah ikatan atau kerjasama formal, keduanya saling
mendukung demi kebaikan negara ini. Kami juga berikrar menggabungkan usaha demi
perpaduan kaum Melayu dan umat Islam di Malaysia,” katanya dalam kenyataan hari
ini.
Akhirnya katanya, yang menang, ialah rakyat dan kepentingan
mereka.
“Cameron Highlands juga mengajar kita satu perkara yang
sangat penting. Orang biasa-biasa, terutamanya orang Melayu dan Orang Asli di
pendalaman Malaysia, enggan membenarkan undian mereka dimenangi melalui ugutan
dan penghinaan.
“Mereka setia dengan perjuangan kita dan mereka ingat
kebaikan yang pernah kita curahkan, walau sekelumit jua, sewaktu kita
memerintah dahulu.
“Benarlah kata pepatah, budi baik di bawa mati dan dikenang
jua.”
Ujarnya, kepada seluruh pengundi Cameron Highlands, terima
kasih kerana tidak meninggalkan kami dan terus meyakini BN.
“Kami akan selamanya terhutang budi atas ihlasnya kalian
dalam mendukung perjuangan kami demi Malaysia yang lebih baik.
“Kepada Pakatan Harapan (PH) ini adalah permulaan kepada
kebangkitan semula BN.
“Kami tidak akan berhenti sehingga Putrajaya itu kami miliki
semula, insha Allah.”
BN mempertahankan kerusinya pada PRK Parlimen Cameron
Highlands dengan memperoleh 12,038 undi menewaskan calon kitar semula Dap yang
mewakili PH dan dua lagi calon Bebas.
Sumber .
0 comments:
Post a Comment