Tanah Rata,
27.1.2019: “Kemenangan hari ini saya
dapati; yang pertama sekali, pengundi bijak memilih calon.
“Yang keduanya, PAS tidak menawarkan diri untuk bertanding.
Selain itu, mereka telah memberi kerjasama dan menyeru kepada pengundi-pengundi
PAS untuk menyokong Barisan Nasional.
“Yang ketiga, isu-isu yang dibangkitkan oleh Pakatan Harapan
tidak diterima oleh rakyat kerana isu yang dibangkitkan itu ialah – kalau saya
kata 100 peratus mungkin tak betul; (tetapi) 80 peratus adalah tidak benar,”
kata Menteri Besar Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail.
Beliau berkata demikian ketika ditemui wartawan selepas
calon Barisan Nasional (BN), Encik Ramli Mohd Nor diumumkan sebagai pemenang
bagi Pilihanraya Kecil (PRK) P078 Cameron Highlands pada malam Sabtu, 26
Januari di sini.
Encik Ramli memperolehi 12,038 undi dengan majoriti besar,
3,238 undi (berbanding Pilihanraya Umum Ke-14 lepas, yang calon BN ketika itu,
Dato’ C.Sivarraajh menerima cuma 597 undi), mengatasi calon-calon lain – Encik
M.Manogaran dari Pakatan Harapan (PH) dengan 8,800 undi; serta calon-calon
bebas, Encik Sallehudin Ab Talib, 314 undi; dan, Encik Wong Seng Yee, 276 undi.
Sumber: Khabar Pahang
0 comments:
Post a Comment