Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, December 15, 2018

[KUANTAN] SEMUA PPS DITUTUP KECUALI DI SK KEMPADANG



Mangsa banjir Terengganu terus meningkat



Semua pusat pemindahan sementara (PPS) akan ditutup hari ini kecuali di Sekolah Kebangsaan (SK) Kempadang di sini.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pahang, Kolonel (PA) Zainal Yusof berkata, penutupan PPS di SK Sungai Ular, dewan orang ramai Balok dan di SK Beserah itu ekoran keadaan banjir pulih sepenuhnya dan mangsa boleh kembali ke rumah masing-masing.

Menurutnya, Perkembangan positif itu berikutan air yang melimpah di kawasan terjejas sudah surut dan keadaan cuaca juga bertambah baik tanpa hujan sejak petang semalam.

‘Pagi tadi dua pusat pemindahan di Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Karang dan SK Sungai Isap Damai dan SK Cherating ditutup sepenuhnya selepas semua mangsa di situ dibenarkan pulang.

“Bagaimanapun sehingga jam 12 tengah hari tadi, 197 mangsa daripada 52 keluarga masih berada di lima pusat pemindahan,” katanya.

Zainal berkata, PPS di SK Sungai Ular masih menempatkan 26 mangsa daripada tujuh keluarga dan SK Kempadang, 77 mangsa daripada 19 keluarga.

“Seramai 31 mangsa daripada lima keluarga masih berada di dewan orang ramai Balok dan 21 keluarga melibatkan 63 mangsa berada di PPS SK Beserah,” katanya.


0 comments:

share2