Kuala Lumpur; 29.12.2018: Bantuan kepada 274,639 pekebun kecil yang sah
berdaftar hakikat sebenar merupakan peruntukan yang telah diperuntukkan dalam
Bajet 2018 yang diluluskan oleh kerajaan Barisan Nasional.
Sementara kerajaan Pakatan Harapan (PH) telah menghapuskan bantuan musim tengkujuh
tersebut dalam anggaran Bajet 2019 yang telah dibentangkan baru-baru ini. Kenyataan Menteri Kewangan berkenaan
bantuan musim tengkujuh seolah-olah satu kejayaan besar hasil pemerintahan
Pakatan Harapan (PH).
Ahli Parlimen Setiu, Shaharizukirnain Abdul
Kadir berkata, hanya setelah mendapat desakan daripada beberapa ahli parlimen
terutama ahli pembangkang, kerajaan bersetuju untuk mengagihkan peruntukan
tersebut.
Kata beliau, peruntukan tersebut telah
mengalami pengurangan daripada peruntukan asal iaitu daripada RM261 juta kepada
RM164.7 juta.
“Rakyat masih tertanya-tanya kenapa wang
yang telah diperuntukkan itu mengalami pengurangan sebegitu besar,” ujarnya
dalam satu kenyataan.
Hanya setelah ahli-ahli parlimen
pembangkang mendesak kerajaan PH agar
mengagihkan peruntukan tersebut yang seharusnya diagihkan semenjak November
lalu tidak dilaksanakan.
Justeru, katanya kerajaan dilihat tidak
mementingkan kebajikan rakyat dan hanya mengaburi mata rakyat dengan pemberian
yang telah diperuntukkan oleh kerajaan lama.
0 comments:
Post a Comment