Georgetown, 31.12.2018, Seorang lelaki berusia 35 tahun dikatakan
mengamuk dengan membawa sebilah parang
lalu menghampiri mangsa ketika mangsa yang berusia 46 tahun itu sedang
bersiap sedia menyusun buah di meja
untuk memulakan perniagaan.di Pasar Karat, Jalan Kulit.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Che
Zaimani Che Awang berkata, berlaku pertengkaran antara mereka sebelum suspek bertindak menetak belakang leher mangsa
menggunakan parang.
Polis yang tiba di lokasi kejadian selepas dihubungi orang ramai cuba menenangkan suspek namun gagal
menyebabkan polis terpaksa melepaskan satu das tembakan dan mengenai kaki suspek.
Menurut Che Zaimani,
punca sebenar kejadian masih belum dikenalpasti, namun siasatan awal mendapati
mangsa dan suspek dipercayai terlibat
dalam penyalahgunaan dadah.
Kedua-dua mereka kini berada di Hospital Pulau Pinang untuk rawatan lanjut dan diaporkan stabil.
Kes disiasat mengikut seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana
mendatangkan kecederaan parah menggunakan senjata.
Katanya, siasatan lanjut mendapati mangsa yang beralamat di Jalan Raja Laut Chow Kit, Kuala
Lumpur itu mempunyai 26 rekod lampau atas pelbagai kesalahan termasuk dadah
manakala suspek mempunyai empat rekod
kesalahan lampau berkaitan dadah dan kecurian.
0 comments:
Post a Comment