Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, September 24, 2018

UMNO FAILKAN WRIT MAHKAMAH TINGGI - ANTARA LAIN TUNTUT RM116.7 JUTA MILIK PARTI






UMNO pada 21.9.2018 telah memfailkan tuntutan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur antara lain untuk menuntut RM116.7 juta milik UMNO yang didakwa disita oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Tuntutan tersebut telah difailkan terhadap Penolong Kanan Pesuruhjaya Polis, Dato’ Mohd Sakri Arifin iaitu pegawai serbuan dan empat yang lain.

Tetuan Scivetti & Associates melalui Peguam Utama UMNO, Dato’ Hariharan Tara Singh telah memaklumkan bahawa sesalinan Writ bertarikh 21 Sept 2018 dan Pernyataan Tuntutan bertarikh 20 Sept 2018 telah diserahkan kepada kesemua Defendan pada 21.9.2018 dan Defendan-Defendan mempunyai tempoh sebanyak 14 hari dari tarikh penyerahan untuk memasukkan kehadiran di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

“Mahkamah telah menetapkan tarikh 15 Okt 2018 untuk Pengurusan Kes di hadapan Timbalan Pendaftar, Puan Rumaizah Baharom di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur,” katanya melalui kenyataan media hari ini.


0 comments:

share2