BUKIT IBAM: Seorang pelombong emas haram di Pahang ditahan Jabatan
Perhutanan Pahang dengan memiliki resit jualan bernilai lebih RM2.5 juta.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Alam Sekitar,
Perladangan dan Bioteknologi Dato' Sri Haji Mohd. Sharkar Shamsudin berkata kenderaan
dan jentera pelombong warga asing itu turut di rampas sementara pendakwaan
dilakukan terhadapnya
Dalam Operasi Bersepadu Jabatan Hutan bersama 8 Agensi
kerajaan lain pada 17hb hingga 19 hb Julai lalu. Jabatan Perhutanan turut
menahan 10 orang ketika menjalankan kerja-kerja carigali emas di
kawasan Hutan Simpan Bukit Iban.
Antara kesalahan lain yang turut dilakukan di kawasan Hutan
Simpan ini adalah menyalahguna permit carigali dengan menjalankan kerja
perlombongan secara haram kawasan permit mereka.
“Operasi Bersepadu Jabatan Hutan bersama agensi kerajaan
seperti Jabatan Galian dan Mineral dan Pejabat Tanah Dan Galian akan membantu
pemetaan semula kawasan hutan di Pahang kerana sebelum ini pemantauan banyak
dilakukan di atas peta sahaja.”
“Penggunaan teknologi baru seperti penggunaan Drone serta
pembabitan pelbagai agensi dapat memastikan pemantauan di kawasan lapangan
permit dilakukan dengan lebih berkesan”, kata Dato’ Sri Sharkar.
Pemetaan baru untuk kawasan hutan, kawasan tadahan air serta
penjagaan flora dan fauna akan dilakukan di seluruh Negeri Pahang.
0 comments:
Post a Comment