Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, June 26, 2018

SUDAH NAMPAK MALAYSIA SEMAKIN SEKULAR





PERTIKAIAN tentang dasar negara yang melindungi Islam dan hak keistimewaan Melayu menjadi bibit-bibit ke arah pembentukan negara sekular.

Lapor Sinar Harian, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata tindakan kerajaan Pakatan Harapan (PH) telah menampakkan permulaan ke arah sekularisme di negara ini.

Bahkan, kerajaan sudah tidak dapat mempertahankan nasib Melayu dan Islam yang kian dipersendakan.

“Bagi saya ia tidak mustahil. Segalanya dilihat bergerak pantas ke arah itu.

“Ada yang tanya, tidakkah pemimpin Islam dalam kerajaan seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mendiam diri, saya jawab tidak boleh berbuat apa-apa. Anwar dahulu lain dengan Anwar sekarang,” katanya.

Ahmad Shabery menambah, situasi yang sama dihadapi oleh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang dahulunya lantang bersuara di atas platform UMNO.

Bagaimanapun, Mahathir bukan lagi ahli UMNO dan Bersatu hanya parti minoriti dalam PH.

Malaysia baru yang didokong oleh kerajaan kelompok baharu rata-rata mahu mementingkan nasib kesamarataan kaum dengan mengetepikan soal agama.

“Kata mereka, kalau tak bubar JAKIM, Majlis agama Islam, MARA dan institusi Melayu lain pun, negara tak patut membiayai mereka lagi. Ia permulaan kepada sekularisme total di negara kita.

“Bahasa kebangsaan pun diuji apabila Mandarin mula diperkenalkan dalam urusan rasmi,” katanya.

Sehubungan itu, UMNO berhadapan dengan cabaran yang besar dalam menggalas tanggungjawab mengembalikan semula kedaulatan agama Islam dan Bahasa Melayu.

Jelas Ahmad Shabery, terdapat suara-suara yang mengatakan UMNO harus membuka keahlian kepada bukan Melayu bagi mentadbir semula kerajaan.

“Kalau begitu, UMNO akan jadi sepert PKR, mungkin boleh menang tetapi pemimpin yang sekuat manapun Melayu-Islam terpaksa menyembunyikan isi hatinya kerana platform UMNO bukan lagi platform Melayu-Islam sama seperti Anwar dan Tun Dr. Mahathir Mohamad.

“Melayu-Islam hari ini berada di persimpangan. Masa depan UMNO pula banyak bergantung kepada pemandunya yang akan ditentukan pada 30 Jun nanti,” ujarnya lagi.


0 comments:

share2