Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, June 24, 2018

SIKAP KERAJAAN WUJUDKAN SUASANA TIDAK HARMONI






Sikap kerajaan Pakatan Harapan (PH) sejak memerintah negara selepas menang dalam Pilihan Raya Umum ke-14 mewujudkan satu suasana tidak harmoni dan tegang.

Budaya yang dibawa oleh kerajaan baharu terutama yang ditunjukkan oleh menteri-menteri daripada DAP amat buruk dan boleh merosakkan negara.

Sikap Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang nampak berdendam dan menumpu pada mencapai agenda peribadi dan kroni menguatkan lagi suasana tidak harmoni ini.

Sebagai kerajaan, kepimpinan baharu negara sepatutnya menjadi pemimpin kepada semua rakyat Malaysia dan tidak menganggap berjuta-juta pengundi yang tidak mengundi mereka sebagai musuh.

Di sinilah beza antara politik dengan pentadbir negara yang kerjanya mentadbir dan mengurus negara tanpa mengambil kira pendirian politik.

Memang pemimpin parti politik membawa dasar yang dipersetujui partinya tetapi sentimen politik tidak sepatutnya menguasai pentadbiran.

Malangnya, kerajaan pimpinan Mahathir menunjukkan sikap dan permainan politik yang sangat tidak matang.

Perangai ramai pemimpin dalam kerajaan PH menunjukkan mereka ialah orang parti lebih daripada orang kerajaan yang memerintah.

Mungkin ramai yang tidak nampak tetapi nampaknya sasaran utama untuk “direformasi” (tetapi nampak seperti mahu disabotaj) ialah korporat-korporat yang dikuasai Melayu seperti TM dan Bernas.

Sekarang telah nampak pula bayangan tindakan akan dikenakan pada penjawat awam termasuk akademik di institusi pengajian tinggi.

Bila difikirkan, adakah ini hanya kebetulan kalau hakikatnya, taikun-taikun Cina seperti Robert Kuok dan ramai lagi ialah kroni Mahathir?

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng tidak henti-henti mengeluarkan kenyataan bersifat negatif yang boleh memburukkan keadaan ekonomi negara.

Bila sudah hampir setiap hari kenyataan negatif dikeluarkan, timbul persoalan sama ada beliau memang bodoh atau sengaja mengundang masalah untuk mensabotaj.

Laporan media yang dikenali sebagai bukan media pro-UMNO sendiri melaporkan keadaan ekonomi yang semakin merosot sejak kerajaan baharu memerintah.

Tidak dapat dinafikan lagi, kenyataan-kenyataan menteri sendiri seperti dakwaan hutang RM1 trilion telah mengundang reaksi negatif pasaran.

Isu seperti ini mudah dijawab, dinafikan atau dimanipulasi oleh kerajaan PH dan tentera-tentera sibernya, sama seperti projek ECRL dan HSR yang sebelum ini dibatalkan.

Sebelum ini, mereka bermati-matian mengatakan yang kedua-dua projek ini tidak bermanfaat dan tidak akan mendatangkan keuntungan.

Mereka sebelum ini menyatakan pendirian ini sebagai muktamad, projek-projek pelaburan China ini merugikan dan tidak patut diteruskan.

Tetapi sekarang projek ini diteruskan pula, selepas diubah-suai beberapa hal yang berkait dengan kepentingan korporat yang terlibat.

Mana perginya hujah-hujah menafikan keperluan dan kebolehlaksanaan ECRL yang dipersembahkan dengan berapi-api sebelum ini?

Kerajaan PH selepas lebih 50 hari memerintah masih menunjukkan perangi berpolitik tidak matang, dan terus disokong dan dilindungi oleh “macai-macai” mereka.

Bukan sedikit yang merasakan politik balas dendam dan sabotaj sedang dijalankan oleh kerajaan PH.

Akhirnya nanti, seperti yang berlaku pada ECRL baru semua sedar matlamatnya ialah kepentingan di kalangan mereka.

Rakyat terus diperbodoh dan tertipu dengan sandiwara mereka yang bergantung pada manipulasi emosi.


0 comments:

share2