Presiden Penaja Pemantau Malaysia Baru Datuk Lokman Noor Adam mencabar Menteri Pertanian Malaysia Salahuddin Ayob untuk mengemukakan secara telus senarai barangan yang telah turun ekoran kenyataan kononnya harga barang turun sejak kadar GST 0 peratus dikenakan.
Jelas beliau, sebagai seorang yang mengenali Salahuddin, beliau kecewa kerana Salahuddin sudah dijangkiti virus terpaksa menipu.
“Sebagai seorang sahabat lama yang mengenali Salahuddin sebagai seorang yang mempunyai budi pekerti yang tinggi, saya agak sedikit kecewa apabila Salahuddin bagaikan sudah dijangkiti virus terpaksa menipu yang selama ini dialami oleh Tun Mahathir dan Lim Guan Eng. Kalau iapun, mahu mempertahankan kerajaan barunya itu, berhati-hatilah dalam mengeluarkan kenyataan terutamanya bila berkaitan dengan angka dan fakta.
“Untuk makluman Salahuddin, indeks harga pengguna akan keluar selepas penghujung bulan setiap bulan. Ini bermakna, indeks harga pengguna untuk bulan Jun dimana GST telah diturunkan kepada 0 peratus masih belum keluar.
“Tambahan pula ia akan mengambil masa untuk Jabatan Perangkaan Malaysia mengumpulkan data dari seluruh negara bagi memastikan harga purata dan penengah yang benar-benar tepat dan betul dikeluarkan. Sehingga kini, kakitangan DOSM sentiasa mempunyai integriti yang tinggi dan mengeluarkan hasil bancian dan dapatan mereka secara professional dan jujur,” ujar beliau dalam satu kenyataan media.
Justeru Lokman ingin melemparkan persoalan berikut untuk dijawab oleh Salahuddin;
(1) Semalam baru 15 Jun dan hanya 15 hari telah berlalu semenjak GST disifarkan. Bagaimana dan berdasarkan data apa yang digunakan bagi mendapatkan maklumat harga sayur dan daging turun 30-50 peratus kerana GST sifar?
(2) Barangan makanan basah seperti ayam, daging pejal, itik, kambing, sayur dan sebagainya, semuanya memang sudah 0 peratus GST sejak permulaan implimentasi GST oleh kerajaan BN. Persoalannya, bagaimana mungkin harga turun sehingga 50 peratus jika barangan tersebut tiada perubahan GST? Ini jelas menunjukkan propaganda harga barang turun yang rancak dicanangkan oleh media kerajaan adalah satu cerita rekaan untuk menunjukkan kerajaan hari ini berjaya menurunkqn kos sara hidup rakyat.
Maka jelas Lolman, jika benar adanya sedikit penurunan harga sayur atau daging, ianya disebabkan oleh kawalan harga barang musim perayaan yang dilaksanakan oleh KPDNKK dan bukannya kerana turunnya GST kepada 0 peratus.
0 comments:
Post a Comment