Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, March 5, 2018

[TIOMAN] KAPAL DITAHAN KERANA BERLABUH ATAS TERUMBU KARANG


Kapal ditahan kerana berlabuh atas terumbu karang



Sebuah vesel selam skuba ditahan selepas didapati melabuhkan sauh dan berlabuh di atas terumbu karang berhampiran Pulau Renggis, di sini, semalam.

Pengarah Jabatan Taman Laut Malaysia (JTLM) Pahang, Mohd Fazli Long berkata, dalam kejadian kira-kira 3.30 petang itu, pihaknya sedang melakukan rondaan sebelum menerima panggilan telefon mengenai kejadian itu.

Tanpa membuang masa, katanya, pasukan berkenaan dengan kekuatan enam anggota yang menaiki bot PTL17 segera ke lokasi.

“Ketika tiba di lokasi, pihak JTLM Pahang mendapati sebuah vesel selam skuba bernama Princess sedang terkandas dan melabuhkan dua sauh di atas terumbu karang dalam kawasan taman laut.
Advertisement

“Anggota menghampiri vasel berkenaan bagi mengambil kedudukan dan membuat pemeriksaan sebagai bahan bukti serta mendapati ada tiga pelaut yang merupakan warganegara,” katanya kepada Sinar Harian, hari ini.

Mohd Fazli berkata, vesel berkenaan diarahkan ke Pusat Taman Laut Pulau Tioman bersama ketiga pelaut dan barang kes.

Beliau berkata, ketiga pelaut yang berusia 27 hingga 34 tahun itu sudah ditahan untuk siasatan lanjut.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 43 (1) (e) kerana melabuhkan mana-mana vesel dengan menjatuhkan apa-apa pemberat atau dengan menyangkutkan apa-apa jenis tali atau rantai kepada mana-mana terumbu karang atau lain-lain benda yang timbul," katanya.

Selain itu, katanya, kes turut disiasat mengikut Seksyen 43 (1) (f) kerana memusnahkan, mencacatkan atau mengalih apa-apa benda sama ada bernyawa atau tidak bernyawa dalam taman laut atau rizab laut.


0 comments:

share2