Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, February 26, 2018

[MUADZAM SHAH] ‘MEREKA CURAH RACUN TUBA WAKTU MALAM'



‘Mereka curah racun tuba waktu malam’



Penduduk Kampung Aur berang dengan pihak yang menggunakan kaedah haram tetapi mudah bagi mendapatkan hasil tangkapan udang galah dalam kapasiti besar.

Biar pun ada kain rentang peringatan atau amaran digantung di tebing sungai di kampung itu, namun tidak dipedulikan.

Penduduk, Ahmad Rizal Abdul Hani, 39, berkata, walaupun tidak melihat sendiri perbuatan salah itu dilakukan tetapi kesannya boleh ditemui di tebing sungai.

“Saya dapat tahu mereka ini mencurah racun tuba ke dalam sungai pada waktu malam. Mungkin nak elak daripada dilihat orang.

“Bila siang, kami jumpa bangkai udang galah timbul dan ada yang tersadai atas lumpur di tebing,” katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.



Kain rentang berbentuk amaran turut digantung di tebing sungai di Kampung Aur namun ia tidak berkesan.


Justeru itu, katanya, dia menggesa pihak berkuasa membuat pemantauan tegas agar kejadian seumpama itu tidak berlaku.

Menurutnya, kemeriahan memancing udang galah baru sahaja pulih dan berharap ia tidak dirosakkan oleh mereka yang tamak.

“Selain menggantung kain rentang amaran, pihak berkuasa juga perlu pantau agar mereka takut untuk melakukannya,” katanya.


0 comments:

share2