Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, November 8, 2017

WANITA DI GESA CEBURI KEUSAHAWANAN BAGI JANA PENDAPATAN




Maran, 7.11.2017 - Kerajaan sentiasa berusaha memperkasakan bidang keusahawanan dengan mempertingkatkan penglibatan usahawan tempatan terutama dalam bidang pembuatan, perkhidmatan, makanan, dan pertanian dengan menyediakan pelbagai kemudahan seperti pinjaman perniagaan, kursus, latihan serta bimbingan kepada para usahawan.

" Antara langkah yang harus dilakukan bagi menangani kos sara hidup yang semakin meningkat, kaum wanita perlu mempersiapkan diri dengan menceburi bidang keushawanan. Banyak agensi kerajaan yang sedia membantu golongan usahawan wanita diantaranya Jabatan Pembangunan Wanita, Jabatan Kebajikan Masyarakat, TEKUN dan Amanah Ikhtiar. Hari ini kita boleh lihat kebanyakan yang menerima bantuan dan pinjaman daripada kerajaan adalah terdiri daripada golongan wanita".

"RISDA turut memainkan peranan dalam meningkatkan pendapatan pekebun pekebun kecil getah dengan mempelbagaikan kegiatan ekonomi bagi mengelakkan mereka bergantung kepada hasil pokok getah semata mata. Melalui Program Bantuan Aktiviti Ekonomi Tambahan pekebun pekebun kecil yang memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan layak menerima bantuan sehingga RM 20,000 bagi setiap keluarga agar dapat meningkatkan pendapatan sekurang-kurangnya RM 4,000 sebulan sekeluarga menjelang 2020".

"Selain itu difahamkan terdapat banyak kemudaha yang disediakan dibawah pembangunan produk berkaitan kursus-kursus kemahiran, pensijilan halal, GMP, HACCP, Pembungkusan dan Perlabelan. Tidak ketinggalan juga, RISDA menyediakan Tabung Keushawanan Pembangunan Ekonomi Pekebun Kecil (TPSEPK) kepada usahawan yang berkelayakan dan maksima pinjaman sehingga RM 100,000".

"Di daerah Maran sahaja RISDA telah meperuntukkan sebanyak RM 380,000 bagi Program Pembangunan Usahawan dan seramai 120 orang usahawan dibawah bimbingan RISDA telah berdaftar di bawah Kelab Usahawan Daerah Maran. Keprihatian kerajaan di bawah pimpinan YAB Dato Seri Najib Tun Razak haruslah dihargai dan menolak sama sekali tanggapan yang kerajaan hari ini adalah sebuah kerajaan yang zalim", ujar YB Dato'Shahaniza Hj Shamsuddin ,Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang yang juga ADUN Kuala Sentul ketika merasmikan Mini Karnival Usahawan Desa (KUD) di sini.

Pada majlis itu juga pelbagai anugerah keusahawan telah diberikan kepada usahawan yang berjaya hasil bimbingan RISDA sebagai galakan supaya terus maju dalam bidang keusahawan di masa akan datang.Turut hadir pada majlis berkenaan En Mohd Khairul Azlan bin Mohd Zaidi Ketua Unit Pembangunan Usahawan RISDA Pahang dan En Amir Hamizan Hairudin Pegawai RISDA Daerah Maran.


Shahaniza menyampaikan Usahawan Terbaik
(Perkhidmatan) kepada Engku Sapura binti Tuan Losin 

Shahaniza melawat gerai pameran Mini
Kaenival Usahawan Daerah Maran

Majlis Perasmian Mini Karnival Usahawa Daerah Maran
dirasmikan oleh  Shahaniza Shamsuddin

~ Laporan Abadi Romeo





0 comments:

share2