Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, November 4, 2017

TENTERA SIBER UMNO PERLU TANGANI PERSEPSI NEGATIF TERHADAP KERAJAAN - AHMAD ZAHID




Kuala Lumpur -- Tentera siber UMNO perlu proaktif menangkis sebarang persepsi negatif terhadap kerajaan dan parti khususnya yang boleh menjurus kepada pembunuhan karakter pemimpin yang giat dijalankan pihak-pihak tertentu, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Timbalan Perdana Menteri berkata ia penting supaya persepsi buruk itu dapat diurus dengan baik, sekali gus dipadamkan daripada menguasai minda rakyat.

"Pendapat umum serta menggunakan media bagi mempengaruhi sokongan orang awam lebih berkuasa berbanding dengan mahkamah yang ada perundangan (dan) jika persepsi dan penggunaan media ini tak diatasi, maka kita akan tenggelam.

"Tenggelamnya beberapa tokoh politik dunia, tenggelamnya beberapa parti politik ternama adalah kerana persepsi tidak diurus dengan sebaik-baiknya,"katanya semasa berucap pada Konvensyen Media Sosial UMNO peringkat kebangsaan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.

Ahmad Zahid yang juga Naib Presiden UMNO yang kini menjalankan tugas Timbalan Presiden UMNO berkata masyarakat ketika ini cenderung mempercayai berita palsu, malah mampu menerima berita itu dengan baik.

"Jika tidak dapat diatasi dengan segera dan hanya jawab tiga atau empat bulan selepas itu, maka berlaku seperti (bekas Presiden Majlis Peguam Malaysia) Datuk S. Ambiga lakukan terhadap PAS apabila PAS dituduh menerima peruntukan RM90 juta daripada Perdana Menteri dan 1MDB (1Malaysia Development Berhad)," katanya.





Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata segala perbezaan pendapat dalam parti harus diselesaikan dengan baik demi memperkukuhkan perjuangan parti dalam berdepan pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

"Apabila Perdana Menteri sudah memberikan bajet terbaik dalam semua aspek, apabila seluruh jentera diintegrasi dengan sebaik-baiknya dan kita lupakan perbezaan pendapat, Insya-Allah, di bawah kepimpinan sedia ada kita akan memberikan hadiah kemenangan dengan majoriti dua pertiga, Insya-Allah,"katanya.

Mengenai Konvensyen Media Sosial Umno, Ahmad Zahid berkata ia harus dijadikan panduan kepada semua anggota parti dalam berdepan pelbagai isu menyentuh parti di media sosial.

Konvensyen anjuran Biro Teknologi Maklumat (IT) UMNO itu bertujuan memberi penerangan berhubung kepentingan, etika media sosial dan gerak kerja yang lebih berkesan kepada semua penggiat media sosial UMNO bagi menghadapi PRU14.


0 comments:

share2